Sunday, October 5, 2025

Trip Brunei & Bario : Twin Otter Mas Wings

My first experience fly with Mas Wings. Ada 19 seat semuanya tapi max penumpang adalah 9 orang sahaja. Dannn yang paling best kena timbang berat badan sekali dengan hand carry masa nak check in. Hahahaha malu la gak.

Penerbangan mengambil masa dalam 50 minit. Terbang rendah ja, tak naik atau masuk dalam awan pun. Boleh nampak seketui-seketui kereta ka bangunan ka pokok ka kat bawah. Masa p agak berangin gementar lah jugak. Masa balik smooth aja. 

Tak dak pramugara/i. Masa dalam boarding hall depa akan bagi siap-siap sorang satu botol mineral dan kacang. pastu naik x dak briefing apa terus pilot gerak. Sempoi betul. Airport pun alahai comel sempoi betul. Nasib tak ambik siap-siap luggage ja dari flight.



Pakej leh sembang lagi ngan pilot lepas touch down. Nanti nak repeat lagi dengan Mas Wings ni..maybe Marudi ka Long Serdian ka,,moga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik..ayuhhh ke pedalaman Sarawak lagi.

No comments:

Post a Comment