Friday, January 31, 2025
Kembali Sebagai Seorang Pendaki
Wednesday, January 22, 2025
Friday, January 17, 2025
Korea : Hanbok Warna Pink
Warna kegemaran saya. Tapi dok pikir kalau tak dak kain kaler pink acaner? Sebab dah plan nak pakai tudung pink. Nasib baik Hanisha habaq tak yah susah hati memang depa banyak stok. Ada ja kaler apa yang kita nak. So, proceed bertudung pink.
Thursday, January 16, 2025
Korea : Apa Yang Kami Makan Sepanjang Di Sini
Kami tak bawak banyak bekalan dari Malaysia sebab winter, tak boleh nak suka-suka hati bukak bekal kat luaq ye. Mampus keras kejung. So, nak tak nak memang kena masuk makan dalam restoren, ada heather baru lah boleh makan dengan tenang. Kami just sarapan dan dinner di hotel.
Sarapan kami seperti biasa menu yang sama selama 4 hari iaitu kopi, roti gardenia, sekut. Manakala dinner kami makanan wajib traveller iaitu meggiiiii. Tapi dua hari aja sebab ada dua hari dinner kat luaq jugak hari first and last.
Kos makan untuk sorang dalam 13-15 ribu won lebih kurang RM40-50..arggghhh gitulah. So bertiga bajet dlm sehari RM150-200. Saya bajet dalam 300,000 won itupun lajakkkk. Ni contoh meals yang sempat saya snap.
Gitulah cerita makan-makan kami kat Korea, ada sekali kami makan Indian food area Insadong Street. Nasik briyani dan kambing. Makan aja ye sebab ayaq kosong dah sekali. Tekan aja kat mesin coway depa. But as I'm not fan to K-Drama tak dak nya nak layan sangat food and drama depa. Cuma mai sini nak rasa winter aja.
Wednesday, January 15, 2025
Korea : My first Winter Trip
First and last kot...hahahaha...tak mampu nak hadap sejuk angin, 4 lapis pun tak mampu nak lawan sejuknya angin. Doa mintak dapat snow fall, Allah tak izinkan, agaknya kalau kena snow fall mau demam terus. Suhu paling rendah -14 darjah celcius. Menggeletarnya sampai ke tulang.
Trip kami 6 hari 4 malam. Bermula hari rabu (8 Jan 2025) dan berakhir pada Isnin (13 Jan 2025). Flight ke korea malam, so the next morning baru sampai Incheon Airport. Flight balik pagi Isnin. Beza waktu sejam lewat di Korea. Jam 9 pagi di Korea, baru jam 8 pagi di Malaysia. Trip ni backpackers style, so tak dak private transport na. Semua pakai train, bas dan kaki. Sehari jalan dalm 17-18 km. keluaq jam 8 pagi, pukul 10 malam baru sampai balik hotel. Puas, berbaloi dengan harga yang dibayar.