Sunday, September 3, 2017

Thailand Again 26-27 Ogos 2017

PART 1 : Kayak @ Banglee Rafting.

Last kayak masa kursus BTN kat Kem Singkir. Berkayak di laut @ Pantai Merdeka. Hitam legam diri yang mmg dah blacky ni. Tapi kayak laut agak terkawal sebab diawasi petugas dan kawasannya pun terhad walaupun laut terbentang luas. Ye la, takkan depa nak lepas p kayak nun di tengah lautan. Dah la tak reti berenang. Cari nahas?

So, trip Thailand kali ni kami kayak di Malang, Satun. 8 km dengan arus sungai yang agak deras. Sebenarnya hari pertama sampai tu hujan. Ayaq mmg naik, laju ja arus..kaler pekat mcm teh tarik. Doa la malam tu ramai2 supaya the next day tak hujan.

And alhamdulillah hari ahad mentari mula bersinar. So, lepas breakfast kami dibawa ke starting point kayak. Wil yang urus semua pakej dan penginapan. Banyakkk untung wooo sbb dia boleh cakap Siam. Bayangkan price 700 TBH (= RM91) untuk penginapan semalam, bbq sekali, breakfast sekali, kayak 8 km berserta guider dan transport ke waterfall. Amacam the price? Kalau kat Malaysia kayak ja dah kena charge RM150. So, bijak2 le memilih.

Guider bg taklimat, pastu Wil translate. Yang lain semua pakat mangkit dah ready, aku ja dok langut lagi. Perut kenyang..lazyyyy hahahahaha

Tengok..paddle dijulang..gaya nak masuk Beijing 2018 kot.

Kami 9 orang bersiap siaga.

Tagline gaya, mutu, keunggulan. Padahal guider yg kayuhkan.

Nampak tu, dah berani potong guider (guider yg tshirt hitam)

Dah terbalik lam sungai..sejukkk wei ayaq.

Nampak mcm senang ja mamat tu kayuh berdiri. Aku baru berdiri ja ketaq bis lutut.

Kekanak riang boleh mandi sungai.

Memang best!

Ni pick up mai ambik lps kayak ke waterfall..

Nantikan Part 2 utk kisah Water Fall yang tersangat awesome.

No comments:

Post a Comment