Wednesday, March 7, 2018

Teluk Kampi Again????

Hohohohoho..baru 3 kali..level nibis kubis lagi.
Saya suka trek teluk kampi sebab trek panjang, bertangga dan sedikit pacak.
Sesuai untuk training load bagi nubis hiking dan camping.

Lokasi : Taman Negara, Teluk Bahang, Pulau Pinang.
Cara ke sana : Kalau dari highway plus, bole masuk guna jambatan @ feri. Ikutlah, tak kisah. Tapi saya selesa dgn jambatan. Feri lambat, cemuih deh. Kat situ ada parking berbayar, RM3 per entry. Kemudahan lengkap, ada tandas, surau, bilik mandi dan gerai-gerai makan. Sepanjang jalan nak masuk pun banyak gerai-gerai jual benda makan. So, bole la tapau siap-siap.

Dah settle parking terus masuk ke kaunter pendaftaran. Tulis nama dan no kad pengenalan. Pastu kena bagi tau nak p ikut trek mana. Nanti kakak kerani tu akan bagi sekeping kertas peta dan tulis di situ kita nak lalu trek mana. Nanti kalau terjumpa dengan renjer kena tunjuk kertas tu. Kalau nak camping pulak wajib ambil renger. 10 orang charge RM150.

Dah selesai, warm up sket dan bole la mula berjalan. Hati-hati, banyak monyet di sini. Kalau trek teluk kampi lebih kurang 2 jam stgh sampai la (pace saya nubis kubis).

Ini targetnya.

Sila ikut signboard ya. Kami ke kiri.

Trek batu hitam ni membawa ke Teluk Kampi jugak, cuma agak jauh.




Pacak sket. Tercungap gak la.

Lunch time

Gagagagagaga



No comments:

Post a Comment