Friday, November 30, 2018

Berjimba @ Lata Penyel

Lokasi : 30km selepas starting point Bukit Berekeh. Area ni dah tak dak line telefon ya. Better study route dulu sebab tak leh nak pakai waze or download sesiap map. Tapi senang ja nak cari jalannya, pas starting point tu terus ja ikut signboard pos yum. Bila ada simpang ambik kiri signboard pos yum jangan ikut pos kualamu..itu kalau nak p Yong Yap.

Drive dalam 30 minit gitu sampai la. Jalan berturap elok cuma kecik kalau selisih tu pandai-pandai la ketepi ketengah. Parking limited parkint di sepanjang jalan ja tapi RM10 per kereta. Boleh bayaq dekat pos depan. Pastu menapak la sket dalam 600 meter. Trek landai ja x dak ragaih-ragaih. Kemudahan lengkap kat sana. Ada tandas, wakaf bole lepak baring and solat. selain itu kalau nak check in bilik pun ada gak.

Welcoming signboard

Nama kampung dan sungai. Penduduknya orang asli lagi.

Ada pokok koko


Ni la trek dia..Santai sepak daun.


Ada tangga sket

Lintas cucu sungai sket

Dah sampai ke Perkampungan Pendeq


Bilik ni bole check in

Wakaf dalam pembikinan. Ada 2 dah siap.

Ini la rupa ayaq terjun yang dok viral tu. Snap pic dulu, pas ni kita masak dulu baru berkubang hokey

My buddy siti dok prepare barang dah

Adik ensem potong bawang..hat gegurl dok membawang ja

Dah nak siap lunch..yihaaaa

Isi perut kaw kaw dulu

Lastly baru terjun tiruk semua.

Kami lepak sampai zohor..Mandi, salin baju solat sesiap. Dalam pukul 2 bergerak pulang. Balik singgah pulak kat pekan kuala kangsar top up isi perut lagi.

Tuesday, November 27, 2018

Bukit Berekeh : Trip Dengan Penang Outdoor

Nama Bukit : Bukit Berekeh
Lokasi : Sungai Siput, Perak
Ketinggian : 454m
Anjuran : Penang Outdoor
Line up + gogo + guide + sweeper = 74 orang.

17 Nov 2018 (Sabtu)

2300 : Meet point di Hospital Seberang Jaya. Bergerak dengan kereta Syakir.

18 Nov 2018 (Ahad)

0100 : Meet point di Hospital Sungai Siput. Pastikan minyak kereta mencukupi sebab tak dak stesen minyak dah tau lepas pekan Kuala Kangsar.
0120 : Bergerak ke Masjid Bawong.
0200 : Pembahagian t shirt Penang Outdoor, briefing dan bacaan doa.
0240 : Bergerak ke starting point.
0305 : Angkat sauh..jenjalan santai sepak batuuuu.
0445 : Sampai peak..mcm mall..nak dekat 200 orang kot. Cari siti, bancuh teh o..minum-minum..zzzz
0630 : Solat, makan lagi, selpie, wefie.
0810 : Mula turun. Kena turun awal tau sebab ia hutan botak..panaih lit lit lit.
1000 : Sampai starting point.

Alhamdulillah touch the peak. Sebelum masak selpie seketui dulu.

Peace yo at the peak.
Macam mall dah kan.

Penjaga Berekeh..mata pun tak larat nak bukak.


Dah mula surut..pas subuh dah ada group turun lega la sket.

Trio gegurl hiker.

Ok cerita trek. Ni trek mula, org panggil trek balak. Kalau turun tengah hari sket mmg bercerau la peluh.


Turun naik, turun naik..4 puncak tipu sebelum sampai puncak real.


Hati-hati, kiri gaung kanan pun gaung..Jangan dok berlari berjimba sangat. Brek tak makan terjunnn terus.

On the way turun, cantik view sini.

Ingat na kalau nak hiking sini kena awai, kalau musim mendung-mendung ni tak pa la naik lewat sket. Bukit ni botak, panaih lit lit. Pastu jaga perut..usap sket jangan bagi meragam. Tak dak port wei nak melepas hajat. Pokok renek-renek ja.