Sunday, November 11, 2018

Gunung Yong Yap : Misi Menawan Puncak

Kem Agas pada ketinggian 1200m. Jadi kami perlu daki lagi lebih kurang 967 meter. Tapi ia bukan pada ketinggian, ia pada jarak. Guide (Yon) cakap estimate dlm 9 jam return. Berhuhuhuhu lah kita.

Hat tgh serius tu namanya Yon..hehehe ok ja pun dia tp muka serius time tu pasai guide dok briefing ampa dok selpieee.

Ni regroup kat Kem Sungai Jerok (LWP). Ok dari kem agas ke kem sungai jerok ada dalam 18 sungai kot nak kena redah. 13 sungai..yang lain macam parit kecik. Tak yah dok kira la, cerita dia mmg banyak.


Ni pun bole buat camp site. Dekat sket nak summit attack. Kalau trip 2h 1m better bina banglo di sini.

Trek dah start pacak, layan ja..sampai kem balak pecah.

Lalu ambik gambaq ja. Tak banyak gambaq trek sebab sungai banyak, trek pacak, mossy tanah lembut. So, phone dalam beg jela.

Sorry, gmbq trek pacak mmg tak dak langsung. Tak mampu nak keluarkan telefon dah. Semua pewai melayan trek. Lepas Kem Balak Pecah dah masuk mossy trek dia macam nak hit peak Korbu gak, melekat badan mcm spiderman tu. Jenuh cari tapak nak letak kaki. Plus semalam pulak hujan semalaman, trek mmg berselut habis.

Ada la landai sket..sikit ja wei yang lain semua pacak. Tambah dari Simpang Y Bubu ke peak. Mental gak melayan. Habis pacak terus peak. Landai dia dalam 6 tapak ja. hahahaha..kejam gak la.

Finally my third G7..alhamdulillah

Kami berempat..

Moga grad G7 bersama..insyaAllah

2 comments: