Thursday, January 17, 2019

Berjimba Ke Pantai Kerachut

Lokasi : Taman Negara Pulau Pinang.

Saja plan bawak opismate yang sekepala berjimba-jimba. Asal plan naik dan turun trekking tapi mamandangkan kak aziah request nak join so tukaq plan p hiking balik naik bot. Bot sehala ke pantai kerachut Rm100 untuk 10 orang. Maka setelah semua setuju kami pilih tarikh 12 Jan (Sabtu).

Pukul 7 pagi semua berkumpul kat parking kolej. Siap semua terus bergerak 2 bijik keta (9 orang). Jalan agak jem pagi tu sebab banyak sekolah buat kelas ganti. Kami sampai di Taman Negara jam 8.30 pagi. Terus call Awang the Boatman (017-4879919). Selepas buat bayaran dan tinggal beg (beg makanan dan beg baju bersih naik bot).

Sesi taklimat sket, warm up, baca doa, register..Jam 9 pagi angkat sauh.

Masa register akan dapat kertas permit ni. Simpan tau sebab kalau jumpa renger nnt mungkin depa akan minta.

Sampai simpang ni ambik kiri..ke kanan pun boleh sampai keracut tapi trek jauh sket la.

Trek mula ja hap-hap sket. Dalam 20 minit gitu, pastu landai berlari berkejaran pun boleh.

Ada ayaq terjun comeyyy

Depa 8 orang..layankan ajeeeee

Once nampak jambatan ni..maka sampai lah ke Keracut. Dalam jam 11 pagi kami sampai sini.

Melangut la jap sebab janji dengan bot pukul 12. Ada yang p tengok penyu, ada yang melepak melepas lelah. Kat sini ada pondok wakaf dan tandas yang selesa. Cuma tak dibenarkan mandi sahaja di pantai sini.

Yihaaaa balik naik bot.

Kami lunch di Monkey Beach.

Boleh mandi tau kat sini, naik kuda, naik ATV.

Pantai bersih...layannnn ja.

Pukul 2.30 petang bot mai ambik balik. Kami mandi, solat zohor then baru gerak balik ke kolej.

No comments:

Post a Comment