Monday, March 11, 2019

Apa nak buat di KL untuk 2 hari 1 malam?

Key ell ni syurga membeli-belah, mau apa? bisa dicari di sini. Untuk trip bali, saya touch down KLIA jam 1 pagi hari Sabtu, so why not extend 2 hari melangut kat kl cari apa yang patut especially kelengkapan untuk trip India nanti. Antara yang saya nak cari adalah duit rupee, winter jacket, glove, ushar kain ela dan tripod. So, karang lah iti 2h 1m kat kl.

Bila di KL saya pilih kawasan yang ada segala access pengangkutan awam. Pilihan saya adalah KL Sentral dan hotel yang paling saya suka adalah PODS Backpacker Hostel. PODS menawarkan female dorm pada harga RM32 semalam dan include breakfast. Senang ja nak cari PODS ni kat mana. Sampai KL Sentral, terus naik ke NU Sentral cari jejantas yang hubung ke jalan bertentangan. Turun jejantas dalam 50 meter belok kiri, dah nampak PODS.

Ini lah tempatnya bertemakan warna hijau. Dari KLIA2 @ KLIA boleh ambik bas ke KL Sentral. harga tiket RM12. Saya sampai KL Sentral jam 9 pagi terus ke PODS (nak tinggal beg) tapi terus dapat kunci sebab bilik kosong..rejeki nampaknya. Lepas tinggal beg cari sarapan. Pastu masuk NU Sentral tengok rate rupee dan rupiah. 5.68 untuk rupee dan 291.50 untuk rupiah. Dah murah tu price rupee.

Tempat pertama iaitu Mid Valley. Tujuannya nak survey duit rupee. Naik komuter dari KL Sentral. Mid Valley adalah stesen pertama. Sampai sana terus naik GSC beli tiket Cold Pursuit (sebab baca review CM) pukul 1.15 ptg. Pastu ronda tgk rate, jamu mata tgk t shirt..sesi menjamu dan sempat la sambaq sehelai dua t shirt..waduhhhh

Layan movie sampai pukul 3.15 ptg. Ok la not bad 4 bintang ayu paskal bagi.

Patah balik ke KL Sentral, naik pulak LRT menuju ke Jalan TAR. Tak lengkap wei kalau hari sabtu ada kat kl tapi tak p pasar malam Jalan TAR. Boleh beli token atau standby ja touch n go.

Dah sampai, nampak signboard? Follow ja.

Bukan hiker kental la kalau pilih naik escelator..hahahahaha

Welcome to Jalan TAR..tempat perabih duit. Cuci mata and cuci poket.

Sama ja rate NU Sentral, mid valley dan Jalan TAR. Saya pilih tukaq kat sini 10 ribu rupee dan 2 juta rupiah untuk trip India bulan depan dan trip Bintan bulan 7 nanti.

Lalu kedai-kedai kain, merelit merelap. Apa pun isi perut yang berkeroncong dulu. Gambaq kat bawah ni apa yang ada kat pasar malam Jalan TAR. sempoi baq ang.




















Lastly tersangkut kat baiya ni..Kirai punya kirai dapat la 5 pasang RM200..kain berbatu-bata. 
Dah letih, pastu hujan pun mula turun. Angkat beg terus balik PODS. Sampai dah pukui 7 malam, gayut ngan Izzah jap. Mandi, solat..Kul 9 dah lena.

Pagi Ahad yang indah..bangun terus mandi, siap. Pukul 8.30 pagi dah siap kat kitchen, breakfast sambil layan hitz.fm. Selesai check out terus ke KL Sentral cari drlocker. Misi hari ni ke Kenanga pulak.

RM10 per locker. Scan muka and ibu jari, masuk RM10..dah boleh pakai. Pastu kena ingat na number locker.



Selesai tinggal beg, naik monorel ke stesen Hang Tuah. Dari situ menapak la sket ikut signboard. Sampai Kenanga dalam pukul 10 pagi, terus naik cari food court brunch dulu. dah settle baru ronda cuci mata, cuci poket. Habis 7 floor dalam pukul 1.30 petang, menapak pulak balik KL Sentral.

Ambik beg, terus naik bas ke KLIA. Flight balik Penang pukul 5.45 petang. Habis misi menipiskan poket selama 2h 1m di key ell.

Wednesday, March 6, 2019

Snorkeling Nusa Penida

Aktiviti pertama di Nusa Penida. Bermandi-manda, mengejar nemo. Ni first time saya snorkeling di laut Indonesia. Waktu bercuti di Pulau Sabang, Acheh dulu just mandi laut. Laut Indonesia lagi cantik, bersih, ikan banyak, coral hidup (melambai-lambai ja). Cuma ombak agak kuat, jenuh jugak nak nak kuakkkk..letih woooo.

Kami p dua point, first di Gamat Bay (ombak kuat sini). Kepala dah memusing walaupun dah telan ubat. Siap ada yang dah muntah. Dok kejap ja, terus gerak ke point kedua. Sini best, mungkin sebab dah nak dekat pengkalan so ombak tak kuat sangat. Ayaq agak cetek, terjun ja kaki dah cecah batu (nasib baik pakai kasut ikan). Sini mmg enjoy tapi tak dok lama gak. Frust betul sbb ramai yang dah tingtong kepala. Plus semua tak bawak bekai breakfast. Bayangkan snorkeling dalam keadaan perut kosong.

Tak sabar pulak untuk trip Bintan nanti, nak enjoy beach life sepuas hati. Bila p ramai-ramai ni bosan la sket (kena ikut suara majoriti). Apa pun layan la na gambaq, lawa...

Kasut ikan baru kaler pink.

Me and my best travel buddy











Cerita sket pakej 2h 1m nusa penida yang kami dapat. Total 1 juta 150k rupiah untuk :
1) Fast boat return.
2) Kereta (plus driver and petrol).
3) Enterance fee.
4) Mineral water.
5) Lunch 2x.
6) Snorkeling (2 points).

Tuesday, March 5, 2019

Nusa Penida, Bali : Pembuka Tirai 2019

Trip ngam-ngam 2 hari 2 malam. Khamis 1.30 pagi sampai Den Pasar Ngurah Rai International Airport. Sensorang pulak tu sebab the rest dah sampai tengah hari dan dah start town tour. Langut ja, nasib baik airport cun and wifi laju. Pukul 6 pagi van jemput terus ke Pelabuhan Sanur. Bot ke Nusa Penida pukul 7.30 pagi.

Wil suruh semua tukaq pakai baju renang siap-siap. Ingatkan sebab terus nak snorkeling rupanya bot tak leh sampai ke pantai..kena redah ayaq laut (paras peha gak la) baru boleh naik bot. So, take noted ya kena pakai seluaq renang waktu p and balik. Bot dalam sejam lebih tapi yang tak bestnya seat tinggi, kaki tak cecah lantai. Lenguh weiiiii.

Sampai sana 3 bijik keta dah tunggu kami, terus bawak p tempat snorkeling. Habis snorkelling, mandi, salin baju terus p lunch and melawat tempat-tempat menarik. Pulau ni agak besar, selain dengan supir bolej ja sewa speda and explore sendiri pulau. Cuma tak bestnya jarak ke sesuatu tempat agak jauh dan jalannya agak terus. Kenkadang rasa mcm naik kuda.

Dan satu lagi yang tak banyak gmbq sebab panas lit lit wei. Peluh macam ayaq terjun, lencun baju. Bab masam tu jgn cerita la, lagi masam drpd hiking. View super duper ohsem beb. berbaloi gak lak ngan cuaca and perjalanan.

Satu benda jugak yang musykil sini, x dak night life. Tak macam batu feringgi, krabi, koh li pe. Malam nak p cari dinner pukul 8 malam dah gelap gulita. Kat pantai x dak apa, kedai jual barang pun banyak dah tutup. Hurrrmmm, bis tu pas makan balik lena jela. nasib baik wifi hotel laju..bole la gak menghupdate apa yang patut.