Monday, March 11, 2019

Apa nak buat di KL untuk 2 hari 1 malam?

Key ell ni syurga membeli-belah, mau apa? bisa dicari di sini. Untuk trip bali, saya touch down KLIA jam 1 pagi hari Sabtu, so why not extend 2 hari melangut kat kl cari apa yang patut especially kelengkapan untuk trip India nanti. Antara yang saya nak cari adalah duit rupee, winter jacket, glove, ushar kain ela dan tripod. So, karang lah iti 2h 1m kat kl.

Bila di KL saya pilih kawasan yang ada segala access pengangkutan awam. Pilihan saya adalah KL Sentral dan hotel yang paling saya suka adalah PODS Backpacker Hostel. PODS menawarkan female dorm pada harga RM32 semalam dan include breakfast. Senang ja nak cari PODS ni kat mana. Sampai KL Sentral, terus naik ke NU Sentral cari jejantas yang hubung ke jalan bertentangan. Turun jejantas dalam 50 meter belok kiri, dah nampak PODS.

Ini lah tempatnya bertemakan warna hijau. Dari KLIA2 @ KLIA boleh ambik bas ke KL Sentral. harga tiket RM12. Saya sampai KL Sentral jam 9 pagi terus ke PODS (nak tinggal beg) tapi terus dapat kunci sebab bilik kosong..rejeki nampaknya. Lepas tinggal beg cari sarapan. Pastu masuk NU Sentral tengok rate rupee dan rupiah. 5.68 untuk rupee dan 291.50 untuk rupiah. Dah murah tu price rupee.

Tempat pertama iaitu Mid Valley. Tujuannya nak survey duit rupee. Naik komuter dari KL Sentral. Mid Valley adalah stesen pertama. Sampai sana terus naik GSC beli tiket Cold Pursuit (sebab baca review CM) pukul 1.15 ptg. Pastu ronda tgk rate, jamu mata tgk t shirt..sesi menjamu dan sempat la sambaq sehelai dua t shirt..waduhhhh

Layan movie sampai pukul 3.15 ptg. Ok la not bad 4 bintang ayu paskal bagi.

Patah balik ke KL Sentral, naik pulak LRT menuju ke Jalan TAR. Tak lengkap wei kalau hari sabtu ada kat kl tapi tak p pasar malam Jalan TAR. Boleh beli token atau standby ja touch n go.

Dah sampai, nampak signboard? Follow ja.

Bukan hiker kental la kalau pilih naik escelator..hahahahaha

Welcome to Jalan TAR..tempat perabih duit. Cuci mata and cuci poket.

Sama ja rate NU Sentral, mid valley dan Jalan TAR. Saya pilih tukaq kat sini 10 ribu rupee dan 2 juta rupiah untuk trip India bulan depan dan trip Bintan bulan 7 nanti.

Lalu kedai-kedai kain, merelit merelap. Apa pun isi perut yang berkeroncong dulu. Gambaq kat bawah ni apa yang ada kat pasar malam Jalan TAR. sempoi baq ang.




















Lastly tersangkut kat baiya ni..Kirai punya kirai dapat la 5 pasang RM200..kain berbatu-bata. 
Dah letih, pastu hujan pun mula turun. Angkat beg terus balik PODS. Sampai dah pukui 7 malam, gayut ngan Izzah jap. Mandi, solat..Kul 9 dah lena.

Pagi Ahad yang indah..bangun terus mandi, siap. Pukul 8.30 pagi dah siap kat kitchen, breakfast sambil layan hitz.fm. Selesai check out terus ke KL Sentral cari drlocker. Misi hari ni ke Kenanga pulak.

RM10 per locker. Scan muka and ibu jari, masuk RM10..dah boleh pakai. Pastu kena ingat na number locker.



Selesai tinggal beg, naik monorel ke stesen Hang Tuah. Dari situ menapak la sket ikut signboard. Sampai Kenanga dalam pukul 10 pagi, terus naik cari food court brunch dulu. dah settle baru ronda cuci mata, cuci poket. Habis 7 floor dalam pukul 1.30 petang, menapak pulak balik KL Sentral.

Ambik beg, terus naik bas ke KLIA. Flight balik Penang pukul 5.45 petang. Habis misi menipiskan poket selama 2h 1m di key ell.

No comments:

Post a Comment