Tuesday, March 5, 2019

Nusa Penida, Bali : Pembuka Tirai 2019

Trip ngam-ngam 2 hari 2 malam. Khamis 1.30 pagi sampai Den Pasar Ngurah Rai International Airport. Sensorang pulak tu sebab the rest dah sampai tengah hari dan dah start town tour. Langut ja, nasib baik airport cun and wifi laju. Pukul 6 pagi van jemput terus ke Pelabuhan Sanur. Bot ke Nusa Penida pukul 7.30 pagi.

Wil suruh semua tukaq pakai baju renang siap-siap. Ingatkan sebab terus nak snorkeling rupanya bot tak leh sampai ke pantai..kena redah ayaq laut (paras peha gak la) baru boleh naik bot. So, take noted ya kena pakai seluaq renang waktu p and balik. Bot dalam sejam lebih tapi yang tak bestnya seat tinggi, kaki tak cecah lantai. Lenguh weiiiii.

Sampai sana 3 bijik keta dah tunggu kami, terus bawak p tempat snorkeling. Habis snorkelling, mandi, salin baju terus p lunch and melawat tempat-tempat menarik. Pulau ni agak besar, selain dengan supir bolej ja sewa speda and explore sendiri pulau. Cuma tak bestnya jarak ke sesuatu tempat agak jauh dan jalannya agak terus. Kenkadang rasa mcm naik kuda.

Dan satu lagi yang tak banyak gmbq sebab panas lit lit wei. Peluh macam ayaq terjun, lencun baju. Bab masam tu jgn cerita la, lagi masam drpd hiking. View super duper ohsem beb. berbaloi gak lak ngan cuaca and perjalanan.

Satu benda jugak yang musykil sini, x dak night life. Tak macam batu feringgi, krabi, koh li pe. Malam nak p cari dinner pukul 8 malam dah gelap gulita. Kat pantai x dak apa, kedai jual barang pun banyak dah tutup. Hurrrmmm, bis tu pas makan balik lena jela. nasib baik wifi hotel laju..bole la gak menghupdate apa yang patut.











No comments:

Post a Comment