Thursday, August 22, 2019

Gunung Kinabalu : Tip Dan Pengalaman Pendakian

Alhamdulillah cuaca cerah dan panas sepanjang pendakian 2h 1m kami. Ni ada saya kongsikan tip dan pengalaman pendakian Gunung Kinabalu.

1) KASUT : Saya pakai sepasang kasut getah adidas kampung dan bawa sepasang sandal. memang best cengkaman batu terutama dari KM7 ke peak (trek hamparan batu). Sandal pakai untuk pergerakan masa di Laban Rata dan masa turun dari Laban Rata ke Timpohon Gate.

2) TONGKAT : Wajib ada, sangat membantu masa naik. Kadang-kadang rasa tak berdaya dah nak angkat kaki naik tangga tu. So, pacak tongkat dan lonjak badan ke atas. Waktu turun boleh simpan tongkat dalam beg. Tongkat boleh disewa di Timpohan Gate (RM15 sebatang).

3) TRAINING : Seriously, trip awal bulan 8, lepas raya saya cuma sempat join satu trip gunung iaitu Gunung Tangga. Lepas tu saya fokus training tangga pejabat sahaja. Setiap petang, lepas balik kerja naik tangga 2 tingkat buat 25 kali dalam tempoh 40 minit. 2 minggu sebelum triptambah load 2 botol air mineral besar. Alhamdulillah sangat membantu.

4) TREK : Tangga sesaje. Bertabah la, tangga tanah, tangga batu, tangga kayu. Semua unsur ada. Lepas KM7 (sayat-sayat) baru trek hamparan batu dan bertali. Kalau pakai adidas kampung tu belilah pelapik kaki. sedap dan selesa sket kaki tu. Pic di atas kawasan yang berlaku runtuhan yang mengakibatkan 4 kematian dan kecederaan.

5) CUACA : Doa banyak-banyak tidak hujan supaya pendakian ke peak dapat diteruskan. Dan mental kena bersedia terima hakikat andai kata hujan dan pendakian dibatalkan. Kena set mind untuk redha.

6) PAKAIAN : Dari Timpohan Gate ke Laban Rata boleh pakai pakaian hiking biasa. Memang sejuk tapi ok ja sebab bila bergerak badan akan jadi panas. Cuma jangan berhenti lama sangat, boleh keras kejung. Berhenti setakat ambil nafas, ambil gambar. Paling lama saya berhenti 10 minit (makan sandwic). Untuk summit attack saya pakai seluar thermal, t shirt dry fit, down jacker, wind breaker dan face mask. Face mask @ buff wajib ada na. Start Sayat-sayat memang sejuk dan berangin, memang meleleh air hidung.


7) MAKANAN : Kalau anda menginap di Tahubang Lodge memang senang sebab kafe kat sebelah ja dan lintas jalan kaki dah KK Park. Sarapan alas perut (nasi goreng share 2 orang pun ok). Saya ambil lunch pack dari kafe tu jugak (ada sandwic 2 set, seketul ayam goreng, sebiji telur rebus dan sebiji epal hijau). Selain itu, saya bawa madu stick dan extra joss.

8) FIRST AID KIT : Wajib ada at least ORS dan panadol @ pain killer. Malam sebelum hiking sayu minum satu sachet ORS, pagi selepas breakfast pun satu sachet. Plus, please beli body warmer dari Daiso. Letak dalam stokin waktu tidur di Laban Rata. InsyaAllah membantu tidur dengan nyenyak.

9) LABAN RATA : Sebenarnya Laban Rata ni nama kafe, kawasan itu dipanggil Panabalan. Banyak guest house di sana tapi ikut poket masing-masing la. Macam saya ambil Lemaing Hut (hehehe tak dak water heater). Mandi dengan wet tissue sahaja. Lepas tu salin baju. Kalau ambil wudhu tu boleh rasa keras kejung hujung-hujung jari. Patuhi la waktu makan yang ditetapkan oleh pihak restoren. Cuma satu perkara yang hampeh dalam pakej ni adalah air tak termasuk dalam pakej makan. Kena beli sendiri, sebotol mineral besar RM14. Kalau larat pikul ja dari bawah.

10) PORTER : Boleh hire porter atau guide untuk bawak load (kalau nak melenggang la). Saya bawa sendiri. Saya bawa beg quencho 20L (load dalam 5kg). Ok la, selamat naik dan turun. Porter charge 1kg RM12.

11) PEAK : Kawasan di peak hamparan batu, angin kuat. Sejuk dit dit. Saya mampu bertahan 15 minit sahaja di peak. Lepas tangkap gambar kami turun terus. Hati-hati, berjalan ikut tali putih. 

Kalau jumpa signboard macam di atas ni tak payah la nak melenggang kangkung na, nak selfie bagai. Nyawa anda sangat berhargaaaaa.

1 comment:

  1. wah...menariknya baca pengalaman hiking you...teringin nak hiking jugak lepas2 covid ni...

    ReplyDelete