Turun dari Gunung Kinabalu petang Jumaat, so mencari la idea nak p mana sebelum fly balik Penang hari Ahad. Plan pertama nak naik keretapi Tenom tapi masa tak cukup sebab kena bermalam semalam di Tenom. Takkan nak repeat Pulau Manukan, Sapi dan Gaya lagi. Maka mula la aktiviti menggoogle. Dan dapat la beberapa review tentang Pulau Mantanani. Hurm, price day trip tak menahan betul.
Harga semua antara RM230-250. Survey banyak pakej jugak. Last sekali dapat dengan Afiq Travel (RM190 per head) include breakfast, lunch, van dr kk ke kb return, snorkeling gear dan mineral water. Ok la, both agree dan berdoa la semoga tidak hujan pada hari nak snorkeling tu.
Up beberapa keping gambar ja na. Tak banyak sebab masa lunch ada kejadian yang menggerunkan telah berlaku. Laut dan pantai memang cantik, biru kehijauan, pasir memutih. Tapi coral dan nemo nan hado. Hurmmm, memang agak frust.
Dannnnn ombak sangat-sangat kuat. 40 minit atas bot, melawan arus dan ombak, air masuk dalam bot. Ramai gak yang muntah.
Kami habis snorkeling di check point pertama, then balik ke pulau untuk lunch. Lunch mmg mewah gilerrr, ikan, ketam, udang, ayam..segala binatang lah ada. Memang puas hati. Elok nak habis makan tetiba awan berarak mendung. Suasana terus jadi suram, tetiba dengar boatman jerit suruh semua naik bot sekarang jugak.
Hujan mula turun, dari rintik agak lebat. Semua senyap dalam bot, saya memang tak berani angkat kepala. Nampak macam ombak mai nak telan ja bot kecik kami tu. Perjalanan ke darat sepatutnya 40 minit sahaja mengambil masa hampir sejam 15 minit. Dan alhamdulillah dalam pukul 4 kami selamat sampai ke darat dan hujan pun dah berhenti. Mandi dan salin baju terus naik van balik ke KK. Lena ja sepanjang dalam van. Letih dan trauma tu masih ada. Huhuhuhuhu
No comments:
Post a Comment