Tuesday, October 20, 2020

Pulau Aman : Jejak Kali Kedua

Kali pertama p dulu 8 tahun lepas..teman Hanisha snap pic. Beza memang sungguh berbeza. Yang tak berubah hanyalah restoran terapung dia aja. Pada saya biasa-biasa aja, saya lebih suka makan di Kuala Juru. Rombongan kali ni anjuran KJPP bawa 2 orang pelajar yang tak boleh pulang sebab kawasan rumah dalam PKPB. Jadi, pengurusan cadang bawak lah depa jalan-jalan. Bila dah booking 1 bas, dapat lah offer sapa nak ikut. Akhirnya jadi la jugak dalam 20 orang pengiring kepada 2 orang pelajar ni. Hehehehe, jaga kebajikan sungguhkan KMPP ni.

Kami bertolak dalam jam 9 pagi. Sampai sana terus call orang bot. Kalau weekend memang ramai. Ni weekday so sendu aja lah. Geng kami ja.

Ni lah jeti..Jeti Batu Kawan, speed boat ni muat dalam 12 orang. Kejap ja dalam 10 minit sampai la.

Dulu tiket RM5 ja return, sekarang dah RM8.

Selamat datang, sunyi sepi..disambut oleh ayammm ja berkokok punya kuat.

Misi pertama..jalan nak cari belacan dengan kerepek sukun.

Sebelum jumpa rumah kediaman akan nampak sekolah dulu. Sembang jap ngan pak cik guard.

Ada masjid.

Chalet dan homestay banyak. Tapi malam sunyi x dak aktiviti apa.

Kami mula la berjalan. Rasa tak best sangat, tak macam dulu. Dulu hampir setiap rumah akan berniaga. Buat kerepek, kuih kapit, belacan. Ni sunyi sepi..Penangan PKP kot.

Jumpa tadika.

Ada warung..tapi majoriti decide nak makan kat restoran terapong.

Here we come. Nak order kat atas boleh, nak pilih kat sini pun boleh.

Udang sekilo RM90.

Lala sekilo RM10.

Mee udang semangkuk RM10..so so aja..5 over 10. Habis makan naik bot balik..Naik bas balik sambil sengeh kat driver kot dia mau kona p IKEA..ekekekekeke


Saturday, October 10, 2020

Bukit Batu Putih : Pemandangan Laut Cina Selatan

Kira warm down Gunung Angsi la. Ada trek tar dan trek tepi pantai. Kami pilih naik ikut trek pantai, turun ikut trek tar. Pukul 8.30 pagi kami mula naik..Trek ok la santai berjimba di tepi pantai. Cuma tercungap sket masa dr tepi pantai nak naik ke peak aja.

Ni pintu gerbangnya. Kena bayar permit gak RM1.



Trek gitu..manja-manja.

Tepian laut..sebelah kiri tu dah nampak peak Batu Putih.

Jalan sikit nampak la arrow ke peak..ikut sahaja jalan yang lurus.

Manusia atas ni penuh yakmat. Snap pic terus turun. Gebang jap kat bawah. Shoot terus ke starting point.

Turun trek hutan, jumpa jalan tar lari ja sampai starting point. Pukul 11 pagi balik ke hotel, mandi..check out and food hunting.

Wednesday, October 7, 2020

Gunung Angsi : Naik Kot Bukit Putus, Turun Kot Ulu Bendul

Gunung pertama untuk Negeri Sembilan. Hari Jumaat malam baru bertolak dari Penang. Jam 10.15 malam tayar bergolek dari Padang Menora. Berhenti dinner kat kawasan rehat Gunung Semanggol. Pukul 2 pagi sampai kawasan rehat Sungai Buloh, tidur jap. Pukul 4.30 pagi gerak ke Setapak ambil Nada. Shoot terus ke Seremban. Selepas subuh terus gerak ke meet point di Bukit Putus.

Melangut dari pukul 7 pagi menunggu semua line up sampai. Then arrange transport sebab akan naik melalui Bukit Putus dan turun ikut Ulu Bendul. Breakfast, taklimat, warm up. Pukul 8.40 pagi angkat sauh.

Ini lah rupa starting point Bukit Putus. Gunung Angsi ada permit ya RM5, boleh walk in ja kaunter.

Sementara tunggu semua line up sampai naik tangga sikit snap pic kat signboard ni. Aci tak kira dah sampai kan...hohoho lipak peak.

Taklimat and warm up. Tema hitam merah. 8.40 pagi angkat sauh.

Trek ok gak..layan ja, masa naik cuaca ok.

Banyak kali gak berhenti regroup.

Ini bole caya..memang dalam 18-20 minit sampai la.

Pukul 11.15 pagi sampai peak. Hurm macam mall..meriah.

Buka dapoq, on teh o panas dengan megi. Jam 12.40 mula turun.

Trek membajak sebab hujan dah mula turun. Non stop sampai ke bawah.

Teletubies berjalan satu-satu..hoora hooray..sengeh gak la hadap trek ulu bendul. Pacaknya panjang, ala-ala trek Bukit Laksamana dah.

Jauh lagi perjalanan..berhenti cuci kasut jap. Pukul 6.40 petang baru sampai starting point Ulu Bendul.

Sampai p ambik kereta, mandi..terus cari kedai makan..kebuloq baq ang. Hujan tak dak tanda nak berhenti. So, tukar plan check in hotel (sepatutnya plan berkhemah kat Pantai Purnama Port Dickson). Hujannnn sampai ke subuh..Layannnn ja

Friday, August 14, 2020

ABC Camp Site : Menikmati Kedinginan Air Sungai

Setelah hampir 5 bulan tak tidur dalam hutan..akhirnya terlerai gak kerinduan nak berkhemah bersama si nopal-nopal. Ayat kerinduan..ayat drama lagu tu la. ABC camp site = air beruk camp site di Gerik, Perak.

Kami bertolak awal pagi Sabtu sebab nak singgah di Tip Top Corner Baling nak layan teh tarik ais dan tip top cheese leleh. Memang meleleh la teh ais dia. Settle breakfast terus gerak ke Gerik melalui jalan Banjaran Inas dan Pengkalan Hulu.

Kami sampai around 12 tengah hari. Ingat nak tunggu Miza sampai, susun barang, pacak khemah. Tapiiiiiiii..air sungai yang jernih tu memanggil-manggil dah. Layaaannnnn

Air cetek..paras lutut ja tapi arusnya deras.





Masa syok berkubang ni la Miza sampai..Naik la balik atas tolong angkut barang makan kami. Thanks to the chef, makanan memang sempoi habis.



Sewa gazebo just RM40 (kalau nak camping kena tambah lagi RM10). Pastu boleh ja bawa khemah dan fly sendiri. Tak dak hal. Siap ada port bbq lagi. Menu makan tengah hari : nasi putih, ayam masak cili padi, ikan kering, air ketum manis..gagaga..

Pukul 4 petang semua berkumpul bawah jambatan..kayak pulak. RM25 per person (price promosi sebab kami group first yang dibawa ke trek baru ni).

Lama tak berkayak..nebes pulak bila guide mintak nak sorang satu kayak.

Nasib baik ada hero malaya sorang ni.

Berkayak dalam hujan pulak tu. Pengalaman baru, 2 kali sangkut dalam arus deras.

Letih kayak..lapaq nasik.


Sampai balik khemah terus prepare untuk bbq. Siap pelekat api terjun sungai dulu mandi.


Tadaaaa..makan sampai muntah ijo.

Pic snap by Kecik di pagi hari Ahad. 


Last pic sebelum balik. pagi ni air sungai agak keruh sebab semalamnya hujan.