Wednesday, October 7, 2020

Gunung Angsi : Naik Kot Bukit Putus, Turun Kot Ulu Bendul

Gunung pertama untuk Negeri Sembilan. Hari Jumaat malam baru bertolak dari Penang. Jam 10.15 malam tayar bergolek dari Padang Menora. Berhenti dinner kat kawasan rehat Gunung Semanggol. Pukul 2 pagi sampai kawasan rehat Sungai Buloh, tidur jap. Pukul 4.30 pagi gerak ke Setapak ambil Nada. Shoot terus ke Seremban. Selepas subuh terus gerak ke meet point di Bukit Putus.

Melangut dari pukul 7 pagi menunggu semua line up sampai. Then arrange transport sebab akan naik melalui Bukit Putus dan turun ikut Ulu Bendul. Breakfast, taklimat, warm up. Pukul 8.40 pagi angkat sauh.

Ini lah rupa starting point Bukit Putus. Gunung Angsi ada permit ya RM5, boleh walk in ja kaunter.

Sementara tunggu semua line up sampai naik tangga sikit snap pic kat signboard ni. Aci tak kira dah sampai kan...hohoho lipak peak.

Taklimat and warm up. Tema hitam merah. 8.40 pagi angkat sauh.

Trek ok gak..layan ja, masa naik cuaca ok.

Banyak kali gak berhenti regroup.

Ini bole caya..memang dalam 18-20 minit sampai la.

Pukul 11.15 pagi sampai peak. Hurm macam mall..meriah.

Buka dapoq, on teh o panas dengan megi. Jam 12.40 mula turun.

Trek membajak sebab hujan dah mula turun. Non stop sampai ke bawah.

Teletubies berjalan satu-satu..hoora hooray..sengeh gak la hadap trek ulu bendul. Pacaknya panjang, ala-ala trek Bukit Laksamana dah.

Jauh lagi perjalanan..berhenti cuci kasut jap. Pukul 6.40 petang baru sampai starting point Ulu Bendul.

Sampai p ambik kereta, mandi..terus cari kedai makan..kebuloq baq ang. Hujan tak dak tanda nak berhenti. So, tukar plan check in hotel (sepatutnya plan berkhemah kat Pantai Purnama Port Dickson). Hujannnn sampai ke subuh..Layannnn ja

No comments:

Post a Comment