Kali pertama p dulu 8 tahun lepas..teman Hanisha snap pic. Beza memang sungguh berbeza. Yang tak berubah hanyalah restoran terapung dia aja. Pada saya biasa-biasa aja, saya lebih suka makan di Kuala Juru. Rombongan kali ni anjuran KJPP bawa 2 orang pelajar yang tak boleh pulang sebab kawasan rumah dalam PKPB. Jadi, pengurusan cadang bawak lah depa jalan-jalan. Bila dah booking 1 bas, dapat lah offer sapa nak ikut. Akhirnya jadi la jugak dalam 20 orang pengiring kepada 2 orang pelajar ni. Hehehehe, jaga kebajikan sungguhkan KMPP ni.
Kami bertolak dalam jam 9 pagi. Sampai sana terus call orang bot. Kalau weekend memang ramai. Ni weekday so sendu aja lah. Geng kami ja.
Ni lah jeti..Jeti Batu Kawan, speed boat ni muat dalam 12 orang. Kejap ja dalam 10 minit sampai la.
Dulu tiket RM5 ja return, sekarang dah RM8.
Selamat datang, sunyi sepi..disambut oleh ayammm ja berkokok punya kuat.
Misi pertama..jalan nak cari belacan dengan kerepek sukun.
Sebelum jumpa rumah kediaman akan nampak sekolah dulu. Sembang jap ngan pak cik guard.
Ada masjid.
Chalet dan homestay banyak. Tapi malam sunyi x dak aktiviti apa.
Kami mula la berjalan. Rasa tak best sangat, tak macam dulu. Dulu hampir setiap rumah akan berniaga. Buat kerepek, kuih kapit, belacan. Ni sunyi sepi..Penangan PKP kot.
Jumpa tadika.
Ada warung..tapi majoriti decide nak makan kat restoran terapong.
Here we come. Nak order kat atas boleh, nak pilih kat sini pun boleh.
Udang sekilo RM90.
Lala sekilo RM10.
Mee udang semangkuk RM10..so so aja..5 over 10. Habis makan naik bot balik..Naik bas balik sambil sengeh kat driver kot dia mau kona p IKEA..ekekekekeke
No comments:
Post a Comment