Thursday, May 14, 2020

PKP : Menggilap Bakat Memasak

Hohohoho...ye ye ja tajuk.
Sejarah buat negara dan dunia. Bermula 18 Mac 2020 Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan hingga kini 14 Mei 2020 belum berakhir. Cuma diberi sedikit kelonggaran bagi memastikan aktiviti ekonomi berjalan.

Saya pun dah mula bekerja. Selang sehari ja berkerja. PKPB dilaksanakan hingga 09 Jun 2020. Kemudian kita nantikan apa keputusan kerajaan.

Saya tak nak ulas lagi aktiviti dan segala berkenaan PKP. Cuma nak cerita skill memasak la sikit..
Untuk minum petang berdua saya dan ibu. Macam tak percaya ja, bole dah masak sikit-sikit buat kuih untuk minum petang. Layan ya gambar-gambar menu minum petang sebelum Ramadhan.

Last stock megi kat rumah. Ini makan sensorang, ibu mana layan megi..aisshhh rindunya nak makan megi dalam hutan.

Cara ni layan habis, cara berlauk sorry..not my taste.

Banyak kali gak repeat buat kuih ketayap.

Bubur jagung plus sagu.

Peknga nyok..paling senang.

Coq jagung, jagung tin ja. Cicah dengan sos cili Mudim.

Bubur chacha.

Cekodok..

Laksa..seminggu sekali wajib buat. Senang ja rupanya buat laksa. Pakai ikan sardin lagi sedap daripada ikan termenung.

Sugi..kacau boh kismis, badam, kekacang. Favorite ibu.

Kuih koci..bulat-bulat

Bihun sup daging.

Lepat liat.

Kalau hari buat gulai, esoknya saya cari roti gardenia la.

Keow teow goreng, hai dah pandai makan sayur ye.

Lasttttt..menu yang paling kerap dan bila malas. Biskut pat segi cicah hot chocolate.

No comments:

Post a Comment