Bersiaran bersama geng Penang Outdoor sempena cuti Thaipusam. Starting point sama dengan Bukit H iaitu di Taman Semarak. Bertolak dari rumah jam 8 pagi, dalam 8.30 sampai la Taman Semarak. Jumpa semua-semua snap pic dulu. Dalam pukul 9 pagi baru mula menapak. nasib baik bawak payung..kalau dak mau merelitttt..
Ni starting point..sama ja Bukit H atau Bukit Haji Yusof.
Ayuhhh jam 9 pagi matahari dah macam 12 tengah hari. Naiklah berbekalkan sebotol air mineral.
Trek mula pacak hiway la..bercerau peluh luaq dalam. sampai simpang ni pilih kanan. Ke kiri dalam 10 minit sampai la peak Bukit H.
Trek dari simpang tu melenggang dia berjalan si gadis penuh manja..jelingan yang manja..eh eh.. trek diskaun YES beb..hohohoho
Agak dalam setengah jam sampai la..full house..pondok sarapan ni buka hari cuti ja. Ada nasi lemak pandan dengan nasi dagang. Air just kopi atau teh. Tak banyak pilihan tapi masakannya sedap. Layannnnn
View pondok sarapan. Cantik, bersih...bangga la sebab ni kawasan orang melayu.
Boleh naik dengan 4x4, tapi tak sure route mana maybe dari Taman Jenaris kot..maybe laaaaa
Balik dari Bukit Haji Yusof (peak x dak signboard tau) kami singgah jap ke peak Bukit H. Time ni dah pukul 1 petang..ngeh ngeh ngeh..nak cepat turun kot tali, kalau patah balik trek..hurrmmm.
No comments:
Post a Comment