Wednesday, July 27, 2022

COVID 19 : Akhirnya Positif

Setelah dua tahun lebih Malaysia isytihar wabak pandemik Covid 19 akhirnya saya terpositif jua. Kalau ikut tarikh saya kena 14 Julai 2022. So, biasanya simptom nampak pada hari ketiga. jadi saya rasa saya kena masa cuti Aidil Adha. Recall punya recall..iya lepak Sunway Carnival (wing baru yang besar, cantik, dan banyak kedai-kedai baru). Lepak ngan Nisha nak dekat 6 jam gak..dok kat Texas Chicken ja kat 2 jam (time makan kan mana nak ada pakai face mask).

Hari Rabu dah lunch selera lagi cuma lepas lunch tu badan memang rasa seram sejuk. Ingat sejuk air cond sebab office kosong (geng admin p Lawatan Penanda Aras kat JPN Kedah). Sharp pukul 5 ptg terus punch out balik rumah. Nak mandi sejuk, selubung..asaq pun nak dekat maghrib dah. Sejuk menggedik, tekak mula sakit rasa perit. Mula naik sopak garam. Habis satu badan, panadol pulak ritu bagi kat Kecik semua.

Semalaman tak dapat tidoq, asyik minum ayaq sebab tekak perit, asyik p toilet. Sopak garam penuh satu badan, pedih dan gatal asyik garu ja. Tak tahan masuk toilet, on water heater mandi la tengah-tengah malam. Sampai ke subuh, lepas solat buat test. Terang benderang line bawah naik dulu..Hurmmm gitulahh.. terus update dalam My Sejahtera (dapat date HSO 14-20 Julai 2022). Update dalam group family dan geng upis + boss.



Gatal wei..tak leh bawak bincang..nasib baik kak cik bagi krim sapu sehari ja settle.

Nasib la cik misi ni ada segala mak nenek. hat check darah, gula, temperature. Alhamdulillah heart beat pun okay.




Alhamdulillah deria rasa dan bau ada, badan pun tak lah sakit sangat. Boleh bangun, solat berdiri cuma kalau tak makan panadol badan dedaq demam balik. Hari ke5 (isnin) try tak ambil panadol lepas dinner. Okay dah lepas tu just perabih antibiotik untuk sakit tekak dan kak cik bagi sejenis ubat untuk booster. 

Alhamdulillah dilahirkan dan dibesarkan dalam keluarga yang sangat mengambil berat. Dikurniakan jua kawan-kawan pejabat yang jenis ambil peduli. Setiap hari ada ja yang hantaq makanan, ubat, buah lemon. Setiap hari ada ja yang bertanya khabar. Totally pulih hari ke6. Masa ni dah start rasa cemuih sebab dah sihat tapi kena berkurung. 

Sambil tu ada jugak la baca simptom pasca covid. Susah hati la jugak takut lepas ni tak mampu nak hiking dah. So, try la naik stepper. Set masa sejam, dapat buat setengah jam ja. Jadilah at least tak tercungap teruk, pernafasan pun okay. Alhamdulillah hari ni genap seminggu pasca covid, dah boleh berlari dan buat low impact activity.

 

No comments:

Post a Comment