Antara lecturer yang paling rapat dengan saya, yang mudah dibawa bincang. Pernah panggil dia cik google sebab tanya apa ja ada jawapan yang padu dan bernas. Sembang pun senang. Birthday dia 20 Ogos tapi tak tau nak bagi hadiah apa yang sesuai, nak bawak p makan pun selera anaknya tekak melayu. Last sekali decide jom la p one day trip. So, start buat iti antara Perlis atau Perak. Rasa untuk permulaan kita ke Perlis lah dulu.
So itinerary berbunyi gini :
0700 : tayar bergolek
0900 : breakfast Warung Tepi Sawah
1000 : off to view point Wang Kelian dan Timah Tasoh
1200 : patah balik ke Kuala Perlis
- masjid Terapong
- Floating Market
- Jambatan Tuanku Syed Putra
- Kampung Warna Warni
1700 : Ladang Nipah Khipli
1800 : balik Penang
Okay alhamdulillah semua tempat berjaya jumpa kecuali Floating Market. Cuma sangat frust sebab laksa yang kat jeti kuala perlis tu mmg totally out...ceroiii..x rasa ikan langsung. Cuaca hujan agak lebat sepanjang perjalanan. Tapi bila dah sampai renyai-renyai gitu aja. Kejap ada mentari, kejap ilang.
Saya dari Penang.
View memang ohsem..food pun sedap..peknga penuh nyok..sedappp
Menapak sket la kena naik..dalam 150m gitu.
See birthday girl..semoga sentiasa dalam lindungan dan rahmatNya..doa bg aku kaya..hari-hari hari raya. leh p travel Perth pulak kan.
Masa kat Timah Tasoh terik mentari, bercerau gak la peluh.
Naik jambatan baru jumpa Kampung Warna Warni. Ada banyak kampung yang dihias cantik dan menarik.
Lepas settle jenjalan, makan dah off to Masjid Terapong, solat dan rest jap.
Pastu misi mencari air nira di ladang nipah. Okay la so so rasa sebab tak la rajin sangat beli ayaq nira ni. So, tak tau nak habaq sedap ka tak.
Order kerabu megi sepinggan share la berjemaah sebab perut dah kenyang semuanya. Settle bergosip apa yang patut, pukul 5 gerak balik Penang. Tamatlah percutian sehari. InsyaAllah lepas ni plan ke tempat lain pulak.
No comments:
Post a Comment