Wednesday, January 25, 2023

Bukit Suling @ Bukit Langkap

Bertagak nak p naik bukit ni ada dekat setahun lebih. Selalu dok naik dengan kereta..terus ke peak. Sekali trek hazab gak la. Ayokkk. Dah la bawak cemboi ashu. Jenuh pujuk jugak sementara nak sampai atas. Trek tar macam Bukit Tok Kun. Tak banyak gambaq trek sebab layan cemboi. Tu pun nasib tak kena dukung.
Ada seketui ja gambaq trek. Gini lah dari mula sampai atas, menapakla..biar slow asal stylo.

View nun Mengkuang Dem. Cantikkkkk.

Tadaaaaa..ingat Cameron ja ada bunga-bunga macam ni.

Eh tadi Bukit Langkap, ni Bukit Suling. Sama aja na.

View dari pelantaq. Still sama macam dulu.


Itulah route dia. okay la for newbies and kids. Cuma kat starting point banyak anjing.


Wednesday, January 11, 2023

Pontian : Nak Ke Penghujung Benua

Hajatnya cuma nak tengok globe penanda penghujung benua tu aja. Tapi jenuh la kalau nak drive dari penang ke pontian nun. Godek-godek airasia dapat la tiket RM54 return tapi weekdays la. Tak pa lah, cuti kan meriah. So, asal yang ambik tiket 7 orang. Tetiba sorang ikut naik flight ja tapi tak ikut aktiviti. Tinggal 6, dah dari 6 tinggal 2. Hahahahaha, tak repeat dah la dengan geng ni. 

Okay dah confirm 2 orang, maka daripada survey homesty dan mpv jadi cari hotel dan kereta comel je lah. Hotel settle dapat area Pekan Pontian di tepi pantai lak tu. Bab kereta la yang cukup payah. Masuk segala fb group kereta sewa murah. Tak tau nak cari trusted company atau person. Lastly book pakai trevo. Dapat la seketui bezza untuk 2 hari RM166.

Plan itinerari hari pertama just nak discover tanjung piai dan pekan pontian sebab pulau kukup masih tutup. Settle hari pertama, malam tu tidoq dengan nyenyaknya sebab letih doh. Hari kedua jem. Lepas breakfast tengok muzium nenas tutup. Pastu p muzium bugis pun tak dak orang. Pukul 10 pagi dah. Takkan tak buka lagi. Lastly decide p lepak JPO lah. Sampai tak tau la nak buat apa kat situ lastly call dasher tanya boleh mai ambik keta awai dak. Dah cemuih ni. Nak masuk lepak dalam epot je.

Nasib baik dasher okay, settle serah keta pukul 3 petang, masuk lepak dalam epot sampai la time fly pukul 5.30 petang. Fly balik penang sampai 6.40 petang mmg tengah jem la kalau nak balik. Even maps suh naik second bridge. Pastu decide lepak solat and dinner dulu lah. Pastu baru gerak balik. Hurmmm pukul 10 jugak sampai umah. Letih baq ang.

Tempek itinerary kat sini 

09 Jan 2023 (Isnin)
0600 : Bertolak dari kolej
0835-0945 : Fly to jay bee
1030 : ambik keta
1130 : lunch @ selera tradisi catering (first time makan burasak)
1230 : off to tanjung piai, tinggal aainaa kat family angkat dia kat Serkat.
1530 : lepak kopi tenggek
1630 : check in My Residences, Pontian
1800 : ronda pekan pontian, laman diraja, pasar malam..dinner kat JOT restaurant sambil layan busker
2030 : balik hotel...rest
10 Jan 2023 (Selasa)
0830 : check out dan breakfast @ warung an & miza
0930 : semua muzium tutup, terus ke JPO
1500 : tak larat lepak jpo dah, hantaq keta terus masuk lunch and lepak kat airport.
1730-1840 : fly to penang
1900 : parking, terus gerak ke sg tiram, solat situ and dinner kat burn out.
2030 : baru gerak balik




First time makan burasak. Pulut weeiii..harus la sedap. Cicah dengan daging biasa dah, ni cicah dengan asam pedas ikan parang. Layan dohhh.




Settle one of bucket list 2023

Air dah mula pasang. Nasib baik dan..kalau tak nangis dah tak leh lalu.

Sempadan tiga negara.


Kopi tenggek ni mmg mabelessss.




Soto paduuu weiiii...

Tuesday, January 3, 2023

Pam Tok Din Camp Site : Aktiviti Penutup 2022 & Pembuka 2023

Reunion Geng Hora Horey. Penghujung tahun 2021 kami camping di Teluk Senangin. Panas dit dit camping tepi laut. Tidoq dalam peluh..hehehe. Kali ni penutup 2022 kami camping di tepi sungai. Sejuk baq ang..menggigil tulangku. 

Sewa pondok RM25, tapak khemah RM10. Camp site ada toilet, surau, elektrik. So, mudah la ye. Tak kalut nak prepare power bank banyak-banyak. Tempat bbq pun ada.

Kami bertujuh, ada yang tidoq dalam khemah, dalam hammock, dalam pondok, dalam keta pun ada siap selubung dengan kain telekung. Sejuk wei, lagi sejuk daripada camping dalam hutan.

Ayaq jernih, arus deras jugak la. Kubermain di tepi-tepian saja.

Tadaaaa..malam kami potong kek..thanks kenkawan.


Breakfast pagi new year mee goreng basah from mok cik kantin aka gogo.

Mula ingat prepare breakfast saja, mee goreng dengan sandwic sardin. Sekali sardin jadi lauk tengah hari. Masak nasik pulak, goreng teloq. Dah pak cik tu kata tak kisah check out pukul berapa. Sambung la berkubang.

Sambung layan tube. Pening gue layan pusing-pusing.

Makan lagi..haishhhh. Pukul 3 ptg baru pakat naik mandi, bersiap. Pukul 4.30 baru gerak keluaq dari camp site.