Hajatnya cuma nak tengok globe penanda penghujung benua tu aja. Tapi jenuh la kalau nak drive dari penang ke pontian nun. Godek-godek airasia dapat la tiket RM54 return tapi weekdays la. Tak pa lah, cuti kan meriah. So, asal yang ambik tiket 7 orang. Tetiba sorang ikut naik flight ja tapi tak ikut aktiviti. Tinggal 6, dah dari 6 tinggal 2. Hahahahaha, tak repeat dah la dengan geng ni.
Okay dah confirm 2 orang, maka daripada survey homesty dan mpv jadi cari hotel dan kereta comel je lah. Hotel settle dapat area Pekan Pontian di tepi pantai lak tu. Bab kereta la yang cukup payah. Masuk segala fb group kereta sewa murah. Tak tau nak cari trusted company atau person. Lastly book pakai trevo. Dapat la seketui bezza untuk 2 hari RM166.
Plan itinerari hari pertama just nak discover tanjung piai dan pekan pontian sebab pulau kukup masih tutup. Settle hari pertama, malam tu tidoq dengan nyenyaknya sebab letih doh. Hari kedua jem. Lepas breakfast tengok muzium nenas tutup. Pastu p muzium bugis pun tak dak orang. Pukul 10 pagi dah. Takkan tak buka lagi. Lastly decide p lepak JPO lah. Sampai tak tau la nak buat apa kat situ lastly call dasher tanya boleh mai ambik keta awai dak. Dah cemuih ni. Nak masuk lepak dalam epot je.
Nasib baik dasher okay, settle serah keta pukul 3 petang, masuk lepak dalam epot sampai la time fly pukul 5.30 petang. Fly balik penang sampai 6.40 petang mmg tengah jem la kalau nak balik. Even maps suh naik second bridge. Pastu decide lepak solat and dinner dulu lah. Pastu baru gerak balik. Hurmmm pukul 10 jugak sampai umah. Letih baq ang.
Tempek itinerary kat sini
0600 : Bertolak dari kolej
0835-0945 : Fly to jay bee
1030 : ambik keta
1130 : lunch @ selera tradisi catering (first time makan burasak)
1230 : off to tanjung piai, tinggal aainaa kat family angkat dia kat Serkat.
1530 : lepak kopi tenggek
1630 : check in My Residences, Pontian
1800 : ronda pekan pontian, laman diraja, pasar malam..dinner kat JOT restaurant sambil layan busker
2030 : balik hotel...rest
10 Jan 2023 (Selasa)
0830 : check out dan breakfast @ warung an & miza
0930 : semua muzium tutup, terus ke JPO
1500 : tak larat lepak jpo dah, hantaq keta terus masuk lunch and lepak kat airport.
1730-1840 : fly to penang
1900 : parking, terus gerak ke sg tiram, solat situ and dinner kat burn out.
2030 : baru gerak balik
No comments:
Post a Comment