Tuesday, January 3, 2023

Pam Tok Din Camp Site : Aktiviti Penutup 2022 & Pembuka 2023

Reunion Geng Hora Horey. Penghujung tahun 2021 kami camping di Teluk Senangin. Panas dit dit camping tepi laut. Tidoq dalam peluh..hehehe. Kali ni penutup 2022 kami camping di tepi sungai. Sejuk baq ang..menggigil tulangku. 

Sewa pondok RM25, tapak khemah RM10. Camp site ada toilet, surau, elektrik. So, mudah la ye. Tak kalut nak prepare power bank banyak-banyak. Tempat bbq pun ada.

Kami bertujuh, ada yang tidoq dalam khemah, dalam hammock, dalam pondok, dalam keta pun ada siap selubung dengan kain telekung. Sejuk wei, lagi sejuk daripada camping dalam hutan.

Ayaq jernih, arus deras jugak la. Kubermain di tepi-tepian saja.

Tadaaaa..malam kami potong kek..thanks kenkawan.


Breakfast pagi new year mee goreng basah from mok cik kantin aka gogo.

Mula ingat prepare breakfast saja, mee goreng dengan sandwic sardin. Sekali sardin jadi lauk tengah hari. Masak nasik pulak, goreng teloq. Dah pak cik tu kata tak kisah check out pukul berapa. Sambung la berkubang.

Sambung layan tube. Pening gue layan pusing-pusing.

Makan lagi..haishhhh. Pukul 3 ptg baru pakat naik mandi, bersiap. Pukul 4.30 baru gerak keluaq dari camp site.

No comments:

Post a Comment