Cuti Thaipusam tahun lepas kami naik Bukit Haji Yusof (itu pun setuju sebab ada cafe kat peak). Tahun ni kami naik Bukit Telipong kat Changlun. Itu pun digula-gulakan ada kafe. Maka bersetuju la, dah la tu cadang nak naik awal sebab nak tengok sun rise. Tak pa lah setuju gak lah walaupun hari sabtu dah seharian melepak kat Pam Tok Din Baling dengan geng opis. Maka awal pagi ahad tu jam 0130 tayar Mr Brill bergolek la ke meet point di rnr Gurun. Sampai situ lapik perut dulu then baru bergerak 3 bijik keta..geng Penang Outdoor.
Pukul 0400 sampai kat starting point dia iaitu Felda Batu 8. Gebang-gebang, warm up semua 0440 kami angkat sauh. Pukul 0600 gitu sampai peak. Sejuk ditdit...uishhh dapat line siam la. Ada kafe tapi lepas subuh baru beroperasi. Selebung dulu la dengan wind breaker. Lepas subuh depa pakat kalut p tengok sun rise, geng hora hoorey relax ja..dah malas naik awal-awal ni kan..dok terbayang tilam ngan katil yang empuk aja.
No comments:
Post a Comment