Monday, January 29, 2024

Perlis Lagi Sempena Cuti Thaipusam

Rasa akan kerap repeat Perlis dah lepas ni. P ikut jalan dalam aja. Jalan elok, luas, selesa. Nyaman dan tenang lah rasa masuk Perlis. Makan pun sedap, port ootd dan kafe pun banyak. Cuma yang tak menariknya jenis open on weekend aja (jumaat - ahad). Dah kami p ritu cuti Thaipusam jatuh hari Khamis. Nganga la, p ambik gambaq kat enterance aja la.

Plan asal nak p healing sensorang cari roomstay dalam bendang. 2 hari 1 malam. Tapi request nana nak follow. Keloi kak fizah, onz aja. Maka p lah kami berempat. tayar bergolek jam 7 pagi ke Sungai Petani dulu. Lepas breakfast kat Taman Sejati terus shoot ke Bukit Chabang Mari (tutup okay, open on weekeand aja). Lepas tu p jenguk Pusan Santuari Air Tawar. Tempat baru ada tapak perkhemahan lagi.

Lalu aja Timah Tasoh sebab dah pernah masuk. Dah tengah hari terus ke Dusun Tok Abah. Okay la lunch situ, set bawal baru RM15. Lepas dah kenyang layan set bawal dengan ABC cari masjid untuk jama taqdim. Lepas tu baru p ke Kampung Y. Menarik sebab ada boat ride lalu dalam terowong. Acah-acah feeling kat Venice. 

Adik bot tu sempoi layan kami sembang, siap suggest suruh p Pantai Pulau Ketam. Okay port ni sure saya repeat. Dah la lawa, makanan pun sedap. Tapi perut dah kenyang, layan coq udang sepiring. Dok teringat pulut pelam aja ni. Seafood tak try lagi..waduhhh mmg kena p bermalam kat sana la.

Abis makan-makan dalam kui 6 ptg kami gerak balik. Singgah solat jama taqdim area gurun. Balik pun ikut jalan dalam. Tak lalu highway. Tenang aja, bole cuci mata. Sampai Sungai Petani dalam kui 9 malam. Terus balik umah..kui 10 gak la sampai, letih doh. Tapi enjoy...

Snap picture dari jauh jela..dah tutup (open on weekend aja)

Ada 25 tapak perkhemahan, bole la kalau nak buat team building.

Dusun Tok Abah, nasib baik kami naik dulu. Kalau makan dulu baru naik. jemmmmm



Sedap set bawal RM15, ABC ais krim RM5

Udah..jangan cari X, tak perlu dah. Y lagi best..ekekeke

Port ni nanti repeat nak lepak lama-lama. Cuma jalan agak berdebu, lori lalu sebab ada construction lagi kat hujung.

Monday, January 15, 2024

Penang Tak Dak Ayaq : Short Escape To Cameron Highland

Day trip aja kami berempat geng kaunter. Bila Kerajaan negeri announce penutupan bekalan air untuk kerja penukaran paip-paip lama. SPU dijangka 48 jam, ada area sampai 72 dan 98 jam. So, student KMPP dah dibenarkan kelas online selama seminggu dan lecturer wfh bermula rabu - jumaat. Maka kami pun geng kaunter plan day trip to Cameron hari khamis. Dah tak sangka depa nak buat lawatan p tengok landak pulak hari yang sama. Ah lantaklah..janji dah apply cuti awal.

Khamis kami bergerak jam 6 pagi, ambik kak zura di Masjid Seberang Jaya terus p solat subuh kat rnr juru. Singgah breakfast kat kawasan rehat Sungai Perak. Pastu shoot terus naik Cameron. Pit stop pertama terus ke hujung di Ringlet. Minum teh ngan scones kat Bharat Tea.

Abis situ turun ronda MARDI. Layan bunga dan ootd. Sambung lunch kat abang strawberi. So so aje. Rasa KHM lagi sedap. Sejam lebih jugak dok kat situ. Dalam pukul 3 ptg baru gerak ke KEA Farm. Cari ais krim, nak boh jagung cheese dah tak bole, sendat perut. Cari jagung, ubi, cuci mata. 4.30 gitu kami gerak turun, jama takhir kat kawasan rehat sungai perak. On the way balik hujan kejap-kejap. Berhenti jama takhir kat rnr juru. Sampai rumah dalam kui 9 gitu. Letih but enjoy.








Wednesday, January 3, 2024

Penutup 2023 Geng Hora Horey @ Kebun Tokwan Trong

2021 kami reunion di Teluk Senangin, 2022 di Pam Tok Din Baling dan 2023 kami pilih area Trong pulak. Area yang makin terkenal dah, ada air terjun Pechah Batu. Cuma kami pilih sungai dan dok chalet kali ni. Nasib baik pilih chalet sebab cuaca masih tak menentu. Malaysia macam dilanda musim sejuk pulak. Hari pertama kat sana hujan aja sepetang. Nasib baik malam dah berhenti so cantiklah sungai di hari ahad tu. Bole la berootd, mandi-manda ngan sungai yang cantik tu.



Request abg chik carikan durian. Padu wei..sanggup tahan tak makan nasik tunggu mok cik kantin tanak pulut.


Malam kami berbbq dan beroden. Sejuk-sejuk layan oden haruslah paduuuu. Cuma bbq ni bab yang penat tera nak terbakaq arang tu. Oden prepare by kecik. First time makan ngan udon, macam laksa aja.

Pastu potong kek. Si bintang capri. 


Nak keluaq balik jumpa mamat ni..berhenti dapat petai lima papan. Keluaq kat simpang depan bawak depa tengok air terjun Pechah Batu. Nanti boleh repeat lagi. Kita p mandi kat ayaq terjun aja tak yah masuk sampai ke sungai dalam kampung.