Day trip aja kami berempat geng kaunter. Bila Kerajaan negeri announce penutupan bekalan air untuk kerja penukaran paip-paip lama. SPU dijangka 48 jam, ada area sampai 72 dan 98 jam. So, student KMPP dah dibenarkan kelas online selama seminggu dan lecturer wfh bermula rabu - jumaat. Maka kami pun geng kaunter plan day trip to Cameron hari khamis. Dah tak sangka depa nak buat lawatan p tengok landak pulak hari yang sama. Ah lantaklah..janji dah apply cuti awal.
Khamis kami bergerak jam 6 pagi, ambik kak zura di Masjid Seberang Jaya terus p solat subuh kat rnr juru. Singgah breakfast kat kawasan rehat Sungai Perak. Pastu shoot terus naik Cameron. Pit stop pertama terus ke hujung di Ringlet. Minum teh ngan scones kat Bharat Tea.
Abis situ turun ronda MARDI. Layan bunga dan ootd. Sambung lunch kat abang strawberi. So so aje. Rasa KHM lagi sedap. Sejam lebih jugak dok kat situ. Dalam pukul 3 ptg baru gerak ke KEA Farm. Cari ais krim, nak boh jagung cheese dah tak bole, sendat perut. Cari jagung, ubi, cuci mata. 4.30 gitu kami gerak turun, jama takhir kat kawasan rehat sungai perak. On the way balik hujan kejap-kejap. Berhenti jama takhir kat rnr juru. Sampai rumah dalam kui 9 gitu. Letih but enjoy.
No comments:
Post a Comment