Monday, January 29, 2024

Perlis Lagi Sempena Cuti Thaipusam

Rasa akan kerap repeat Perlis dah lepas ni. P ikut jalan dalam aja. Jalan elok, luas, selesa. Nyaman dan tenang lah rasa masuk Perlis. Makan pun sedap, port ootd dan kafe pun banyak. Cuma yang tak menariknya jenis open on weekend aja (jumaat - ahad). Dah kami p ritu cuti Thaipusam jatuh hari Khamis. Nganga la, p ambik gambaq kat enterance aja la.

Plan asal nak p healing sensorang cari roomstay dalam bendang. 2 hari 1 malam. Tapi request nana nak follow. Keloi kak fizah, onz aja. Maka p lah kami berempat. tayar bergolek jam 7 pagi ke Sungai Petani dulu. Lepas breakfast kat Taman Sejati terus shoot ke Bukit Chabang Mari (tutup okay, open on weekeand aja). Lepas tu p jenguk Pusan Santuari Air Tawar. Tempat baru ada tapak perkhemahan lagi.

Lalu aja Timah Tasoh sebab dah pernah masuk. Dah tengah hari terus ke Dusun Tok Abah. Okay la lunch situ, set bawal baru RM15. Lepas dah kenyang layan set bawal dengan ABC cari masjid untuk jama taqdim. Lepas tu baru p ke Kampung Y. Menarik sebab ada boat ride lalu dalam terowong. Acah-acah feeling kat Venice. 

Adik bot tu sempoi layan kami sembang, siap suggest suruh p Pantai Pulau Ketam. Okay port ni sure saya repeat. Dah la lawa, makanan pun sedap. Tapi perut dah kenyang, layan coq udang sepiring. Dok teringat pulut pelam aja ni. Seafood tak try lagi..waduhhh mmg kena p bermalam kat sana la.

Abis makan-makan dalam kui 6 ptg kami gerak balik. Singgah solat jama taqdim area gurun. Balik pun ikut jalan dalam. Tak lalu highway. Tenang aja, bole cuci mata. Sampai Sungai Petani dalam kui 9 malam. Terus balik umah..kui 10 gak la sampai, letih doh. Tapi enjoy...

Snap picture dari jauh jela..dah tutup (open on weekend aja)

Ada 25 tapak perkhemahan, bole la kalau nak buat team building.

Dusun Tok Abah, nasib baik kami naik dulu. Kalau makan dulu baru naik. jemmmmm



Sedap set bawal RM15, ABC ais krim RM5

Udah..jangan cari X, tak perlu dah. Y lagi best..ekekeke

Port ni nanti repeat nak lepak lama-lama. Cuma jalan agak berdebu, lori lalu sebab ada construction lagi kat hujung.

No comments:

Post a Comment