Friday, May 31, 2024

Pasar Terapung Pulau Sri Tanjung dan Pulau Suri

Ada dua jeti nak ke floating market ni tapi sebab kami dari Pantai Cahaya Bulan so pilih naik dari Jeti Kuala Besar. Dari PCB dalam 15 minit saja sampai la. Parking ada orang jaga RM3 setiap kereta. Luas tapak parking. Pastu dari parking dah ada boatman tanya untuk naik bot. Jalan sikit aja dah sampai jeti comel dia. Kecik aja.

Ada dua floating market iaitu Pulau Suri dan Pulau Sri Tanjung. Tapi kalau saya lebih suka Sri Tanjung. Mungkin sebab susunan dan suasana dia tu lebih best dari Suri. Jadi saya cadangkan pi dulu Suri, jalan-jalan cuci mata pastu baru mai lepak kat Sri Tanjung. Bot ke Suri RM3, dari Suri ke Sri Tanjung RM2 sehala. Pastu dari Sri Tanjung balik ke jeti RM3. 

Mula-mula malas nak pakai life jacket, pastu dalam perjalanan kena pakai jugak sebab nampak road block. Hahaha bukan jalanraya ja ada road block tau. Sekerat hari jugak la kami kat situ. Menarik situ surely will repeat nanti.


Tempat strategik, cantik, bersih dan teratoq. Kalau kat Sri Tanjung siap ada chalet. Tapi tak tau la malam hidup tak kat sini. Sebab dok baca happening pagi ja, beralih petang banyak yang dah tutup.




Lokan cicah ayaq asam, memang sedap..RM5 aja


Wednesday, May 29, 2024

Trip WCE + Cyberjaya + Pantai Timur With Hadek Kesayangan

Apa pun up iti dengan bajet ye dulu..

Rabu 22.05.2024

0900 : breakfast @ market seberang jaya
0940 : gerak ke changkat jering (hiway plus)
1100 : exit tol changkat jering, masuk hiway wce
1300 : lunch @ Aziz Mentarang (area Sekinchan)
1530 : jama' taqdim @ kawasan rehat USJ
1700 : decathlon Cyberjaya
1830 : check in @ Sunn Inns Hotel Equine, Seri Kembangan, mandi, jama' taqdim
2000 : dinner @ Tamarind Square

Khamis 23.05.2024

0700 : jogging @ Sierra 6 Cyberjaya Park 
0900 : breakfast @ Kopi & Lontong
1100 : check out, off to Merang
1415 : titik tengah semenanjung @ Temerloh
1500 : lunch @ Restoren Tok Gajah Temerloh
1700 : jama' takhir @ Hentian Kuantan
2000 : dinner @ Merang
2100 : check in @ The Siblings Cottage

Jumaat 24.05.2024

0715 : brisk walk @ Pantai Merang
0900 : check out, off to Kota Bharu
1130 : Masjid Ulul Al Bab Jerteh
1250 : lunch @ Mee Celup Toyol, Bachok
1400 : Jama' taqdim @ Masjid Kampung Laut
1600 : Pasar Legend Jubakar, Bunohan
1800 : check in @ Bayu Beach Chalet
2000 : dinner @ Pantai Cahaya Bulan

Sabtu 25.05.2024

0700 : brisk walk @ PCB
0840 : check out, off to Pasar Terapung Sri Tanjung
1130 : lunch nasi ulam cikgu
1230 : off to Masjid Beijing
1400 : jama' taqdim @ Masjid Sultan Ismail Petra, off to Rantau Panjang
1600 : gerak balik
2100 : home sweet home

Total drive = 1554.1 km
Total cost = RM824.70 (all in berdua)

Petrol = rm220
Tol = rm74.20
Parking = rm5.80
Hotel = rm200
Makan = rm324.70

Plan asal trip ni sebenarnya nak p JJCM kat Tumpat dan date yang dipilih adalah 1-3 Jun. Tapi memandangkan cuti sekolah plus public holiday memang masak la layan jem dan sesak manusia. So, ajak kecik cuti dua hari lepas wesak. Dapat 5 hari 4 malam. Dah takkan nak lepak tumpat aja sampai 5 hari. Maka terjadilah idea trip ni sebab nak tengok hiway WCE sama. Okay hiway WCE ye tak siap sepenuhnya lagi, belum ada petrol station dan rnr. Hiway pun dari Changkat Jering sampai Lekir sahaja, exit, pastu masuk balik Teluk Intan sampai Hutan Melintang lepastu jalan biasa aja. Okay la drive situ..tak penat naik bukit area Kula Kangsar & Menora.

Tamarind Square ni memang kena repeat, tapi nak p siang sebab malam tak nampak apa plus cahaya agak suram. Port makan dalam hutan. Harga agak keras tapi portion besaq.



Sebab kecik tengah maintain stamina untuk trip hiking Jogja maka kita bersenamlah dulu sebelum sambung journey. Banyak port jogging area Putrajaya tapi tak hadaplah nak sibuk-sibuk drive di hari bekerja.Maka kami pilih ke satu taman perumahan area Cyber.

Eh eh dah sampai, snap pic dari luar, tak masuk sebab zoom dari luaq tak nampak apa yang menarik pun. 


Teringin nak rasa patin tempoyak tapi tak berani..takut muntah aje kang..nnt lah trip ngan adik-adik dua ketui tu lah rasa. Biasa aja makan sini.

Okay The Siblings Cottage. Ambik jugak walaupun banyak bad review sebab Penarek semua full. Hurmmm first and last. Sayang betul sebab tempat cantik. Tepi laut kot.


First time brisk walk pasir pantai..lagi penat wooo. Bole la kalau nak training Rinjani..naik satu turun dua.


Wajib mai sini jugak, masjid tertua di Malaysia plus ada perkampungan buat serunding di sini. Tak beli pun, not a fan of serunding. Saya makan ketupat dengan kuah upor aja.


Lepak dinner kat Pantai Cahaya Bulan, malam minggu tapi orang tak ramai sangat. Okay la tapi tak leh lawan la celup tepung terengganu.




Ya di sini lah sebenarnya tujuan asal trip ini. Pasar Terapung Sri Tanjung, Tumpat. Waze aja jeti Kuala Besar..nanti sampai la. Ada dua floating market sini Sri Tanjung dan Suri. Better p Pulau Suri dulu cuci-cuci mata aja, pastu baru lepak dan makan di Sri Tanjung. Bot dalm rm10 sorang. Enterance fee ke floating market rm2. Enjoy la sini, makan sedap. Teringat pulak lokan bakar dia. Surely akan repeat sini.





Last di Kota Bharu kami p makan kat Nasi Ulam Cikgu, hahahaha ini lawak sungguh sebab ingatkan nasi ulam tu macam kat Penang, jenis nasi yang digaul dengan ulam-ulaman. Rupanya nasi campur. Hahahaha..kecik aja yang makan sebab saya kenyang lagi makan laksam kat floating market.

Gitu lah cerita trip kami berdua. Enjoy drive long distance, enjoy the view, enjoy the moment chit chat berdua. Moga ikatan persahabatan ini kekal selamanya. Aaaaminnn.

Wednesday, May 8, 2024

Vietnam : Pasar Malam Dalat

Lega bila turun dari bas, bole jalan regangkan badan. Sejuk pun sedap-sedap aja. Kami ronda dari depan sampai belakang. Tapi apa pun tak beli, jamu mata aja. Seronok tengok buah-buahan dan sayur-sayuran yang dobot-dobot. Rasa seulas pelam dia, harummm manis.





Bukan timun okay, its avocado 


Tapi strawberi comel-comel aja. Tak tertarik pun nakbeli.


Monday, May 6, 2024

Vietnam : 5 Hari 4 Malam Cover Dalat & Ho Chi Min

Kali ni ambil dengan SFT Travel & Tours melalui Kak Enn (buddy yang kenal trip India tahun sebelum COVID dulu). Dapat lock price cantik bangat RM1299 full board. All in 5 hari 4 malam cuma bawak duit shopping dan kalau nak add on luggage dan meals sahaja asing. First trip berdua ngan Izzah. So far so good, travel buddy yang banyak green flag. Senang kali bersamanya..macam ngan Kecik.

Berkenalan dengan Musa local tour guide. Masa ni terus dapat sim card Vietnam..yihaaaa. Sempoi ngan Musa ni, dah la fasih Bahasa Melayu, pandai buat lawak lak tu. Ramai trip kali ni. 43 orang, so devide 2 group. Walaupun ramai tapi well organized.

Pastu dapat sarapan roti vietnam sorang seketul. Ala-ala kebab malaysia. Maka dengan itu bermulalah perjalanan ke Dalat yang akan mengambil masa dalm 7-8 jam. Kebas pungkoq.

Singgah rnr beli kopi vietnam. So so aja as I'm not coffee addicted. Sampai sana elok dah senja. Terus ke Pasar Malam Dalat. Nanti saya tulis lain pasal Dalat.

Hari kedua jadual pack. 5 tempat kami pergi iaitu naik roller coaster kat Datanla Waterfall, Kebun Bunga, Mango Land, Crazy House dan Clay Tunnel.

Ni kat Clay Tunnel, percintaan yang terhalang..tu tak kiss...ayokkk


Bunga-bunga ala Cameron Highlands. Suhu pun cam tu lah..sejuk-sejuk nyaman.


Hari ketiga check out Dalat terus ke Padang Pasir Mui Ne. Merecik lencun peluh baq ang. tapi enjoy la jugak nak jeep tu.

Lepas Padang Pasir check in Ho Chi Min @ Aluna Hotel. Bilik kecik sket standard room aja. Kalau kat Dalat ritu besaq selesa gila.

Ha merasa dah makan bengkang vietnam, cam bengkang ubi kayu pebret la..layannnn

Habis dinner..ronda malaysian street & Ben Thant Market. Tapi gitu lah sama saja harga ngan Malaysia.

Hari keempat layan trip Sungai Mekong.


Buah-buahan dulu sebelum lunch. Sambil dihiburkan dengan nyanyian.


Madu dengan limau nipis. Lebah sini dibela ya, bukan liar.

Seharian habis kat Sungai Mekong, pastu pi Gudang Pakaian. Tak beli apa pun...sama aja harga. Petang balik, lepas dinner sambung ronda Ben Thant Market.

Hari last free and easy..kami ronda p Saigon Mall, masuk Ben Thant Market lagi. Pusing-pusing kot situ. Makan mee vietnam & vietnam roll. Sampai kui 5.30 ptg baru gerak ke airport. Flight kui 10.20 malam. Melangut jap kat airport.