Friday, May 31, 2024

Pasar Terapung Pulau Sri Tanjung dan Pulau Suri

Ada dua jeti nak ke floating market ni tapi sebab kami dari Pantai Cahaya Bulan so pilih naik dari Jeti Kuala Besar. Dari PCB dalam 15 minit saja sampai la. Parking ada orang jaga RM3 setiap kereta. Luas tapak parking. Pastu dari parking dah ada boatman tanya untuk naik bot. Jalan sikit aja dah sampai jeti comel dia. Kecik aja.

Ada dua floating market iaitu Pulau Suri dan Pulau Sri Tanjung. Tapi kalau saya lebih suka Sri Tanjung. Mungkin sebab susunan dan suasana dia tu lebih best dari Suri. Jadi saya cadangkan pi dulu Suri, jalan-jalan cuci mata pastu baru mai lepak kat Sri Tanjung. Bot ke Suri RM3, dari Suri ke Sri Tanjung RM2 sehala. Pastu dari Sri Tanjung balik ke jeti RM3. 

Mula-mula malas nak pakai life jacket, pastu dalam perjalanan kena pakai jugak sebab nampak road block. Hahaha bukan jalanraya ja ada road block tau. Sekerat hari jugak la kami kat situ. Menarik situ surely will repeat nanti.


Tempat strategik, cantik, bersih dan teratoq. Kalau kat Sri Tanjung siap ada chalet. Tapi tak tau la malam hidup tak kat sini. Sebab dok baca happening pagi ja, beralih petang banyak yang dah tutup.




Lokan cicah ayaq asam, memang sedap..RM5 aja


No comments:

Post a Comment