Monday, May 6, 2024

Vietnam : 5 Hari 4 Malam Cover Dalat & Ho Chi Min

Kali ni ambil dengan SFT Travel & Tours melalui Kak Enn (buddy yang kenal trip India tahun sebelum COVID dulu). Dapat lock price cantik bangat RM1299 full board. All in 5 hari 4 malam cuma bawak duit shopping dan kalau nak add on luggage dan meals sahaja asing. First trip berdua ngan Izzah. So far so good, travel buddy yang banyak green flag. Senang kali bersamanya..macam ngan Kecik.

Berkenalan dengan Musa local tour guide. Masa ni terus dapat sim card Vietnam..yihaaaa. Sempoi ngan Musa ni, dah la fasih Bahasa Melayu, pandai buat lawak lak tu. Ramai trip kali ni. 43 orang, so devide 2 group. Walaupun ramai tapi well organized.

Pastu dapat sarapan roti vietnam sorang seketul. Ala-ala kebab malaysia. Maka dengan itu bermulalah perjalanan ke Dalat yang akan mengambil masa dalm 7-8 jam. Kebas pungkoq.

Singgah rnr beli kopi vietnam. So so aja as I'm not coffee addicted. Sampai sana elok dah senja. Terus ke Pasar Malam Dalat. Nanti saya tulis lain pasal Dalat.

Hari kedua jadual pack. 5 tempat kami pergi iaitu naik roller coaster kat Datanla Waterfall, Kebun Bunga, Mango Land, Crazy House dan Clay Tunnel.

Ni kat Clay Tunnel, percintaan yang terhalang..tu tak kiss...ayokkk


Bunga-bunga ala Cameron Highlands. Suhu pun cam tu lah..sejuk-sejuk nyaman.


Hari ketiga check out Dalat terus ke Padang Pasir Mui Ne. Merecik lencun peluh baq ang. tapi enjoy la jugak nak jeep tu.

Lepas Padang Pasir check in Ho Chi Min @ Aluna Hotel. Bilik kecik sket standard room aja. Kalau kat Dalat ritu besaq selesa gila.

Ha merasa dah makan bengkang vietnam, cam bengkang ubi kayu pebret la..layannnn

Habis dinner..ronda malaysian street & Ben Thant Market. Tapi gitu lah sama saja harga ngan Malaysia.

Hari keempat layan trip Sungai Mekong.


Buah-buahan dulu sebelum lunch. Sambil dihiburkan dengan nyanyian.


Madu dengan limau nipis. Lebah sini dibela ya, bukan liar.

Seharian habis kat Sungai Mekong, pastu pi Gudang Pakaian. Tak beli apa pun...sama aja harga. Petang balik, lepas dinner sambung ronda Ben Thant Market.

Hari last free and easy..kami ronda p Saigon Mall, masuk Ben Thant Market lagi. Pusing-pusing kot situ. Makan mee vietnam & vietnam roll. Sampai kui 5.30 ptg baru gerak ke airport. Flight kui 10.20 malam. Melangut jap kat airport.

No comments:

Post a Comment