Monday, July 29, 2024

Pulau Tuba : Explore Dengan Moto Aje

Trip ke Pulau Tuba sempena birthday my sakinah. Moga awak terus menjadi anak yang sentiasa memberi ketenangan. 

Sabtu 27 Jualai 2024

0800 : bertolak dari Aloq Staq
0900 : sampai jeti Kuala Perlis, park keta
0930 : naik feri
1100 : sampai jeti Kuah, lunch, lepak jeti
1300 : naik bot ke Pulau Tuba
1315 : sampai Jeti Pulau Tuba, sewa moto
1330 : check in Faridzuan Motel, sleep jap
1500 : bangun, mandi, jama taqdim
1615 : keluar ronda
- mee udang Tanjung Pandan
- Kampung Selat Bagan Nyior
- OOTD jambatan
- Noba Resorts
- Padang Ragut Pulau Tuba
malam : rest

Sabtu 28 Julai 2024

0700 : brisk walk tepi pantai
0800 : breakfast
1030 : chek out
1100 : naik bot
1130 : naik grab ke HIG
1400 : naik feri balik Kuala Perlis
1530 : bertolak balik

Bajet

feri langkawi return = 84
bot pulau tuba return = 20
sewa moto = 20
chalet = 100
parking keta kat jeti = 30
lunch @ jeti kuah = 16.50
mee udang tanjung pandan = 35
breakfast nasik minyak = 13.50
grab to HIG return = 13

Total = rm332

welcome

Feri sampai jam 11 pagi so tak sempat la nak ambik bot pulau tuba jam 11. Next bot jam 1 ptg. Jadi kami melangut la dalam jeti sebab situ sejuk ada air cond. Lunch terus nasik kandaq. Tak berani nak breakfast sebab tak tahan naik feri nanti.

Bot RM5 aja sehala setiap 2 jam. Perjalanan dalam 15 minit sampai la.

Tadaaaa, sampai aja terus orang offer sewa moto. RM20 sehari siap dah ada minyak. Settleeee. Shoot ke Faridzuan Motel, tengah hari panas dit dit wei. Check in, lena dua beranak sampai kui 3 baru bangun, mandi dan solat.

Pukul 4 petang baru keluar cari makan, kat sebelah motel ada jugak port mee udang sedap (mee udang ombak rindu), sebab dekat sangat maka kami pilih ke mee udang Tanjung Pandan. Semangkuk tu RM15, mabelesss. Makan sambil tengok orang main jet ski.

Pastu sambung ronda ke selat bagan nyior, ootd jambatan. 2 jam settle dah ronda pulau.


Malam lepak kat pondok depan motel sambil sembang sambil dengaq bunyi ombak.

Bangun pagi brisk walk kejap sampai ke hujung Tuba View Resorts.


Okay la untuk short vacation sebab pulau ni kecik tapi menenangkan. Makan sedap dan murah. Tempat cantik dan bersih. Tapi repeat tu nantilah tengok, teringat dah mee udang dia freshhh gitu.

Friday, July 26, 2024

Discover Johor : JDT Hummer Tour

Raso kayoooo betui naik hummer. Walaupun untuk 10 minit tapi staf-staf situ layan sempoi, ada dekat sejam jugak kami dok situ. Bergambar la, buat video la, video acah-acah pemain bole glamer sampai ke stadium. Kayangan betul, price RM30 untuk 10 minit. Hummer ni pusing stadium aja satu round. Tapi staf dia rajin melayan kami bergambar. 





Ini kalau kena drive atas jalan raya tatau la nak jadi apa, kena ambik lesen treler dah rasanya. Kalau naik malam rasanya lagi cantik la, cuma kami dah check out terus nak ke Pontian pulak.

Thursday, July 25, 2024

Train To Dabong Day Trip

Day trip ni maksudnya tak bermalam di Dabong, sebabnya Dabong ni daerah kecik aja dan perjalanan ke satu tempat tu tak lah jauh sangat cuma sebab keadaan berbukit jadi kami decide cari pengasuh (term kat sini guna pengasuh, sebenarnya tour guide lah). Saya cari dalm group FB aja, ramai suggest abe Jo sebab dia pandai snap pic and video. Tapi memang pun, rajin dia melayan kami. Gambar-gambar dan video dia pun ohsem.

Maka bermulalah perjalanan saya hunting tiket melalui apps KTMB. Memang cepat laku keras seat sleeping train ni. Pulak tu kena study betul-betul nak ambik seat sebelah mana baru nampak view. Itu baca aja dalam group FB Train To Dabong, semua info lengkap dalam tu.

Pakej dengan Abe Jo RM230 termasuk room transit (rest kejap dari pukul 6 ptg sampai 11 mlm). Pakej termasuk lawatan ke 5 tempat iaitu Gua Ikan, Lata Kertas, View Gunung Stong, Sungai Kenerong, Jelawang Pipe Resorts.

Ini la rupa seleeping train tu, tapi tak repeat dah kot sebab tak menahan dengan toiletnya..hehehe..sekali seumur hidup bole la. lepas ni kita cari train lain, ke Bangkok ke...trans siberian ke..berangannnn pilah..itukan percuma..


View Gua Musang, x dak lak train kepala merah. Train berhenti kejap aja...terkejar-kejar jugak ambik gambar.






Lepak Sungai Kenerong sambil makan buah-buahan, nak mandi pun boleh cuma kami malassss nak bersalin-salin plus layan mata dah time ni, nampak katil aja.

Meggi sup dia padu wei, nampak cam kuah ceroi kosong aja. sekali rasa...weiiiii layannnnnn.

Habis makan megi dalam pukul 6 petang tu terus kami check in bilik transit, okay jugak ada katil, toilet dalam bilik. Ada iron. Jalan kaki aja dalam 10 minit sampai la ke stesen KTM Dabong. Tapi abe Jo rajin layan kami diambil dan dihantar kami ke stesen jugak, siap bawak p dinner dulu. 

Monday, July 22, 2024

Train To Dabong & Discover Johor Darul Ta'zim

Pengalaman pertama kali road trip panjang dan DIY. Selama ni setakat 3 @ 4 hari aja. Ini sampai seminggu. Mula plan nak discover negeri selatan sekali bila draf iti, Johor saja tak sempat nak cover semua daerah. Plan asal cuma nak rasa Train To Dabong, tapi bila study iti nampak eh stesen Gemas ni rupanya dah border ke Segamat. Apalagi panjang la kaki kami bertiga.

 Ahad 14.07.2024

1000 : gerak ke Kuale ambik eija
1200 : lunch with eija
1600 : sampai felda besout, rest, mandi & salin baju
1800 : gerak ke stesen KTM Gemas

Isnin 15.07.2024

0030 : sampai KTM Gemas, park keta molek2 (parking FOC aja dan banyak lot parking)
0115 : train to dabong gerak (sebenarnya train to gua musang, cuma nanti akan berhenti di dabong)
0937 : sampai Dabong, pengasuh (abe jo) dah siap tunggu dengan van.
1000 : gerak cari port breakfast. Pakej dengan abe jo cover 5 tempat. Nanti saya cerita lain bab Dabong ni
1800 : check in bilik transit
2200 : check out bilik transit
2330 : train balik Gemas

Selasa 16.07.2024

0730 : sampai KTM Gemas, mandi, breakfast
1030 : gerak ke Mersing (guna jalan endau - mersing)
1500 : check in Inap Penyabong Chalet
1730 : layan sunset Pantai Pasir Lanun

Rabu 17.07.2024

0700 : morning walk di Jeti Penyabong
1000 : gerak ke Tanjung Sedeli dan Desa Fruit Farm
1500 : gerak ke Jay Bee, check in Vida Height @ Bandar Baru Uda
2000 : cuci mata ke JPO
2300 : balik restttt

Khamis 18.07.2024

0800 : breakfast @ Kacang Pool Haji
0900 : ronda Jay Bee cover :
            - Stadium Sultan Ibrahim
            - Kota Iskandar
            - Puteri Harbour
            - Sunway Big Box
1800 : balik homestay, acik sampai (lepak sekali)
2000 : lepak Bazar Karat

Jumaat 19.07.2024

1000 : check out, cari breakfast
1130 : JDT Hummer Tour. Nanti saya cerita lebih lanjut
1300 : off to Tanjung Piai
1500 : Makan burasak
1800 : check in Serai Gut Roomstay @ Muar

Sabtu 20.07.2024

1100 : check out, off to Melaka cari asam pedas
1500 : babai acik, gerak balik Slim
1900 : sampai Slim, restttt

Ahad 21.07.2024

1400 : home sweet home...gerak balik penang, singgah hantar eija kat Kuale

Our expenses

Tiket train = 252
Tersilap beli tiket train = 31.50
Pengasuh & room transit @ Dabong = 230
Enterance Gua Ikan = 4
Enterance Jelawang Pipe Resorts = 5
Durian & rambutan = 38
Mee udang = 47
Inap Penyabong Chalet @ Mersing = 150
Desaru fruit farm tour = 120
AS Homestay @ Bandar Baru Uda (2 malam) = 300
Dinner mamak = 34.50
Breakfast kacang pool = 30.10
Murtabak Majidee = 32
JDT Hummer Tour = 120
Enterance Tanjung Piai = 20
Roomstay Muar = 120
Petrol = 315
Tol = 104.30
Parking = 5

Total = RM 1958.40 (adil-adik banyak payung makan)
Total drive = 2058.2 KM

Stesen ia kecik aja..tapi view nak sampai tu ohsem gila.


Pantai Pasir Lanun (hidden gem mersing) tapi jalan nak naik tu ya ampun, jangan p on weekend.



Desaru Fruit Farm best tournya. Puas hati dengan harga, penat gak berjalan. Spend dalam 4 jam jugak kat sini.

JB pun menarik, banyak mall besar-besar, jenuh atoq langkah cuci mata aja poket dah kering.

Biasa la penghujung benua, Pontian. Repeat kali kedua. 

Sekian road trip bersama adik-adik yang pemurah suka belanja makan, tak banyak songeh. Alkisah senang lah. Menanti next road trip insyaAllah ke Pantai Timur. Pastu nanti kita plan ke Pan Borneo pulak ye.