Monday, July 29, 2024

Pulau Tuba : Explore Dengan Moto Aje

Trip ke Pulau Tuba sempena birthday my sakinah. Moga awak terus menjadi anak yang sentiasa memberi ketenangan. 

Sabtu 27 Jualai 2024

0800 : bertolak dari Aloq Staq
0900 : sampai jeti Kuala Perlis, park keta
0930 : naik feri
1100 : sampai jeti Kuah, lunch, lepak jeti
1300 : naik bot ke Pulau Tuba
1315 : sampai Jeti Pulau Tuba, sewa moto
1330 : check in Faridzuan Motel, sleep jap
1500 : bangun, mandi, jama taqdim
1615 : keluar ronda
- mee udang Tanjung Pandan
- Kampung Selat Bagan Nyior
- OOTD jambatan
- Noba Resorts
- Padang Ragut Pulau Tuba
malam : rest

Sabtu 28 Julai 2024

0700 : brisk walk tepi pantai
0800 : breakfast
1030 : chek out
1100 : naik bot
1130 : naik grab ke HIG
1400 : naik feri balik Kuala Perlis
1530 : bertolak balik

Bajet

feri langkawi return = 84
bot pulau tuba return = 20
sewa moto = 20
chalet = 100
parking keta kat jeti = 30
lunch @ jeti kuah = 16.50
mee udang tanjung pandan = 35
breakfast nasik minyak = 13.50
grab to HIG return = 13

Total = rm332

welcome

Feri sampai jam 11 pagi so tak sempat la nak ambik bot pulau tuba jam 11. Next bot jam 1 ptg. Jadi kami melangut la dalam jeti sebab situ sejuk ada air cond. Lunch terus nasik kandaq. Tak berani nak breakfast sebab tak tahan naik feri nanti.

Bot RM5 aja sehala setiap 2 jam. Perjalanan dalam 15 minit sampai la.

Tadaaaa, sampai aja terus orang offer sewa moto. RM20 sehari siap dah ada minyak. Settleeee. Shoot ke Faridzuan Motel, tengah hari panas dit dit wei. Check in, lena dua beranak sampai kui 3 baru bangun, mandi dan solat.

Pukul 4 petang baru keluar cari makan, kat sebelah motel ada jugak port mee udang sedap (mee udang ombak rindu), sebab dekat sangat maka kami pilih ke mee udang Tanjung Pandan. Semangkuk tu RM15, mabelesss. Makan sambil tengok orang main jet ski.

Pastu sambung ronda ke selat bagan nyior, ootd jambatan. 2 jam settle dah ronda pulau.


Malam lepak kat pondok depan motel sambil sembang sambil dengaq bunyi ombak.

Bangun pagi brisk walk kejap sampai ke hujung Tuba View Resorts.


Okay la untuk short vacation sebab pulau ni kecik tapi menenangkan. Makan sedap dan murah. Tempat cantik dan bersih. Tapi repeat tu nantilah tengok, teringat dah mee udang dia freshhh gitu.

No comments:

Post a Comment