Day trip ni maksudnya tak bermalam di Dabong, sebabnya Dabong ni daerah kecik aja dan perjalanan ke satu tempat tu tak lah jauh sangat cuma sebab keadaan berbukit jadi kami decide cari pengasuh (term kat sini guna pengasuh, sebenarnya tour guide lah). Saya cari dalm group FB aja, ramai suggest abe Jo sebab dia pandai snap pic and video. Tapi memang pun, rajin dia melayan kami. Gambar-gambar dan video dia pun ohsem.
Maka bermulalah perjalanan saya hunting tiket melalui apps KTMB. Memang cepat laku keras seat sleeping train ni. Pulak tu kena study betul-betul nak ambik seat sebelah mana baru nampak view. Itu baca aja dalam group FB Train To Dabong, semua info lengkap dalam tu.
Pakej dengan Abe Jo RM230 termasuk room transit (rest kejap dari pukul 6 ptg sampai 11 mlm). Pakej termasuk lawatan ke 5 tempat iaitu Gua Ikan, Lata Kertas, View Gunung Stong, Sungai Kenerong, Jelawang Pipe Resorts.
No comments:
Post a Comment