Monday, September 15, 2025

Explore Pahang : Genting Highlands

Macam mana bole jadi sambung Genting & Cameron? Sebab siti bilang..siti bilang mahu cuti..eh eh nyanyi lak. Tak...siti habaq dia nak sambung cuti hari isnin sebab takut barai dek aktiviti taman negara dan perjalanan jauh. Pastu kak zura pulak baru balik dari Genting p main skyworld..Punya la dok cerita best plus ada promo harga RM65 aja sampai hujung tahu ni.

So, apa lagi tanya Siti and Inah bole dak nak lajak. Jawabnya onz je la. Ashu booking ja tapi bab nak susun game, study lay out skyworld itu semua keja Anis Sakinah. Ashu ikut aja. Siti memang dah habaq dia gayat, nak naik hat biasa-biasa ja. Maka berpecah lah kami.

Apartment 2 bilik, 2 toilet, ada balcony, kitchen..RM110 ja..memang berbaloi..

Plus ada heated pool..cuma sempat berendam dalam 10 minit ja, pastu ujan.

View dari balcony.

Awaiiii kami sampai, x dak orang beratoq pun. Naik gondola pun tak share ngan sapa.

Sampai light breakfast dulu makan roti jagung. Pastu ronda indoor.

Pukul 9.15 dah start beratoq, 9.30 pintu dibuka kami orang first scan masuk. Gitewww

Study lagi map

Nampak dak..dit dit..tapi lepas start game, degup jantung berpeluh terus badan.


Sebab masuk masih awai, so pusing ootd dulu.






Inah susun game cam ni

1) Independence
2) Samba gliders
3) Acorn
4) Tera
5) Alpha
6) Epic

Tu yang best dan wajib, kami siap sempat join game yang siti naik lagi. Inah siap ada yang repeat. Dah abis awai malas nak tunggu pastu orang pun makin ramai maka kami decide jom lah keluaq awai. Shoot Cameron terus, tak yah tidoq Tanjung Malim.


Ni VQ (virtual q) kami guna sekali ja untuk aktiviti petang. Hat pagi line semua clear, x yah beratoq panjang. Sekian lah cerita genting..memang best tapi tak repeat lah kot. Shekali seumur hidup dah la. Gitulah cerita percutian 5 hari 4 malam kami. Hat kat Cameron tu tak yah lah, cam besa ja jem dan mahai..hahahaha

Sunday, September 14, 2025

Explore Pahang : Taman Negara Pahang

Lokasinya adalah di Kuala Tahan, Jerantut. Starting point ke Gunung Tahan trek kuala. Gunung Tahan boleh jugak masuk dari Merapoh. Ada 4 jalan, pertama highway plus sampai plaza tol Duta, pastu masuk Karak Hiway. Kedua exit Tanjung Malim dan ambil jalan Batang Kali. Ketiga lekok Fraser Hill. Keempat jalan Ringlet Sungai Koyan keluaq kot Raub. Dan kami ambik jalan ketiga, layanlah corner. Siap boleh lepak kat signboard Fraser Hill layan tembikai cicah asam ko.

Miza the gogo arrange dengan Mahseer Chalet. Price RM360 per person include chalet, makan, aktiviti dan guide. Makan 3 kali sehari. Kami sampai dalam jam 6 petang gitu. Settle dengan check in dalam 6.15 gitu ready untuk dinner dan night jungle walk.

Ini lah rupa laman chalet tu. Meriah ngan anak-anak dari Kolej Vokasional Aloq Staq.

Bilik 7 orang..sembang gebang tak ingat dunia. Walhal jiran sebelah adik2 boboi.


Tempat makan di Tahan Corner, banyak restoren terapung, jadi jangan silap ye. Ada dalam 7 kot rasanya. Masakan okay sedap, breakfast ja so so. Dah merasa la patin masak tempoyak. Ikannya sedap lembut cuma I is kenot go la dengan tempoyak.

Ini hari kedua, masa tunggu permit hutan siap. Nak masuk naik Bukit Terisek. Ingatkan trek santai rupanya lelah weii. Dah la tu manusia ramai cam kat mall tu.



Khazanah hutan. Kecik shoot memang cantik la.



Trek mula memang la manjahhhhh

Pastu mengah sket.

Nampak signboard ni..maka bersedialah.

Lelahhhh wei.
Abis hiking terus bot hantaq ke restoren, lunch. Balik bilik solat, ready untuk ke kampung orang asli.

Tok Batin ajaq buat api, belajaq menyumpit sama.

Anak-anak suku kaum asli Bateq. Tapi semua boleh cakap Bahasa Melayu. Tak macam p Royal Belum ritu hanya sorang budak yang reti Bahasa Melayu.


Dalam jam 4 petang tu kami dibawa ke rapid shooting. Lencun wei kena buli ngan guide. Guide kami En Sabarudin memang sempoi melayan. Sporting abisss.

Hari last skip breakfast, jenjalan kat kampung tu..lenkap ja facilities kat situ. Harga pun okay aja.

Homestay kami belakang sekolah ni.

Dalam pukul 10 pagi kami gerak ke Genting. Singgah cari akok glamer ni.

memang sedappppp, bakaq ngan sabut.


Makan akok panas-panas ni dekat 13 keping. Pastu nak ronda ke mana lagi dah Bandar Jerantut ni. Lastly decide shoot je la ke Genting. Kalau sampai awai naik GPO dulu sebab check in jam 3 petang. Maka bertolak lah kami 3 ketui. Keta Miza terus balik Penang.


Friday, September 12, 2025

Explore Pahang : Percutian 5 Hari 4 Malam Full Itinerary Dan Budget

Cerita asalllllnya trip taman negara aja. Lock enam orang, okay dua bijik kereta. Minggu second last sebelum trip Inah agree nak join, jadi 7 orang. So, kecik ngan mama naik keta Miza. Maka keta saya tinggai bertiga. Rabu sebelum trip Siti roger cakap nak sambung cuti Isnin..takut barai. Since trip Pakistan cancel maka berkepuk la annual leave tahun ni. Tanya siti nak tak sambung Genting sebab tengah promo harga skyworld RM65 ja sampai hujung tahun..onzzzz..gaga..up gambaq dulu sebelum full itinerary.




05 September 2025 (Jumaat)

0715 : start the journey
0945 : breakfast @ kawasan rehat Tapah
1030 : continue journey
1240 : lepak kat signboard Bukit Fraser (punca guna jalan ni sebab jalan Batang Kali jem accidend dan constructions)
1315 : continue journey
1800 : sampai Taman Negara Pahang @ Kuala Tahan
1815 : check in
1940 : dinner
2030 : night jungle walk
2230 : restttt

06 September 2025 (Sabtu)

0800 : sarapan
0930 : start hiking Bukit Terisek (p 7 orang, 6 ja hiking, 4 ja sampai peak)
1300 : tamat hiking, lunch, solat
1430 : ziarah orang asli kaum bateq
1600 : rapid shooting
1800 : layan megi depan bilik
2000 : dinner, lepak membawang, rest

07 September 2025 (Ahad)

0900 : morning walk area chalet
1000 : check out, drive to Genting
singgah signboard besaq Bandar Jerantut, makan akok nantu mek esah (sedap oo)
1430 : masuk Genting Premium Outlet (cuci mata)
1600 : check in apartment @ Windmills Upon
1730 : mandi pool
malam : resttt

08 September 2025 (Isnin)

0730 : check out, naik parking di GPO
0807 : naik cable car ke Skyworld
0825 : sampai atas, light breakfast (beli roti kat 7e), ronda indoor game
0930 - 1500 : berjimba di skyworld
1510 : keluaq skyworld, naik cable car
1550 : gerak ke Cameron Highlands (guna Jalan Sungai Koyan)
1900 : check in Cameron, dinner @ Cameron Jaya
2030 : check in Homestay @ Quintet Tanah Rata

09 September 2025 (Selasa)

0900 : check out, pusing Kampung Taman Sedia, parking full, kedai banyak tak buka lagi
1000 : breakfast dan shopping @ Kea Farm
1130 : byeee Cameron
1530 : home sweet home

Budget 3 orang

Pakej Taman Negara 3H2M
(include chalet, makan, aktiviti & guide) = rm1080
Hotel @ Genting = rm110
Skyworld Theme Park = rm195
Sky Cab return = rm57
Petrol = rm210
Homestay @ Cameron = rm132

Total = rm1784
Bahagi 3 orang
Per person = rm595

Tol, parking, meals payung by Siti.
Total drive = 1252 km

Tuesday, September 2, 2025

Family Day : Sungai Trong

Where else kan..situ ja yang paling mudah dengan sungai yang herlok, chef pun dok situ. Cuma chef menghitung hari ja ni..tak sabaq ashu nak tnggu baby jengoi. Tak cukup jugak 7 beradik sebab abang mat masih di rig. Cuma nak cari date lain tu agak sukar dah la memandangkan kak zurin dah menghitung hari. Tak pa lah next year tengok cam na. Sebab dah selalu up gambar Sungai Trong, kali ni up gambar makanan je la. Jenuh makan..macam-macam ada.

Ini wajib..perapan by kak zurin memang mengancam..ratah aja pun sedap dah.

Beli dua bijik, makannya setengah bijik ja..hadoiii..macam-macam ada.

Wajib jugak yang ni, siap dapat tapau lagi.

By angah..sedap doh..dekat 15 cup gak la ashu bedal..jahanammm diet.

By anyah..walaupun kismis hangit..ashu telan aja..

Gulai siput by kak chaq is the best..first time makan siput tu..sedap doh.

Ayaq by kak fizah..sauk laici ja..dap dap

Laku paling awai..perisa pistachio..yum yum