Lokasinya adalah di Kuala Tahan, Jerantut. Starting point ke Gunung Tahan trek kuala. Gunung Tahan boleh jugak masuk dari Merapoh. Ada 4 jalan, pertama highway plus sampai plaza tol Duta, pastu masuk Karak Hiway. Kedua exit Tanjung Malim dan ambil jalan Batang Kali. Ketiga lekok Fraser Hill. Keempat jalan Ringlet Sungai Koyan keluaq kot Raub. Dan kami ambik jalan ketiga, layanlah corner. Siap boleh lepak kat signboard Fraser Hill layan tembikai cicah asam ko.
Miza the gogo arrange dengan Mahseer Chalet. Price RM360 per person include chalet, makan, aktiviti dan guide. Makan 3 kali sehari. Kami sampai dalam jam 6 petang gitu. Settle dengan check in dalam 6.15 gitu ready untuk dinner dan night jungle walk.
Ini lah rupa laman chalet tu. Meriah ngan anak-anak dari Kolej Vokasional Aloq Staq.
Bilik 7 orang..sembang gebang tak ingat dunia. Walhal jiran sebelah adik2 boboi.
Tempat makan di Tahan Corner, banyak restoren terapung, jadi jangan silap ye. Ada dalam 7 kot rasanya. Masakan okay sedap, breakfast ja so so. Dah merasa la patin masak tempoyak. Ikannya sedap lembut cuma I is kenot go la dengan tempoyak.
Ini hari kedua, masa tunggu permit hutan siap. Nak masuk naik Bukit Terisek. Ingatkan trek santai rupanya lelah weii. Dah la tu manusia ramai cam kat mall tu.
Khazanah hutan. Kecik shoot memang cantik la.
Trek mula memang la manjahhhhh
Pastu mengah sket.
Nampak signboard ni..maka bersedialah.
Lelahhhh wei.
Abis hiking terus bot hantaq ke restoren, lunch. Balik bilik solat, ready untuk ke kampung orang asli.
Tok Batin ajaq buat api, belajaq menyumpit sama.
Anak-anak suku kaum asli Bateq. Tapi semua boleh cakap Bahasa Melayu. Tak macam p Royal Belum ritu hanya sorang budak yang reti Bahasa Melayu.
Dalam jam 4 petang tu kami dibawa ke rapid shooting. Lencun wei kena buli ngan guide. Guide kami En Sabarudin memang sempoi melayan. Sporting abisss.
Hari last skip breakfast, jenjalan kat kampung tu..lenkap ja facilities kat situ. Harga pun okay aja.
Homestay kami belakang sekolah ni.
Dalam pukul 10 pagi kami gerak ke Genting. Singgah cari akok glamer ni.
memang sedappppp, bakaq ngan sabut.
Makan akok panas-panas ni dekat 13 keping. Pastu nak ronda ke mana lagi dah Bandar Jerantut ni. Lastly decide shoot je la ke Genting. Kalau sampai awai naik GPO dulu sebab check in jam 3 petang. Maka bertolak lah kami 3 ketui. Keta Miza terus balik Penang.
No comments:
Post a Comment