Monday, September 15, 2025

Explore Pahang : Genting Highlands

Macam mana bole jadi sambung Genting & Cameron? Sebab siti bilang..siti bilang mahu cuti..eh eh nyanyi lak. Tak...siti habaq dia nak sambung cuti hari isnin sebab takut barai dek aktiviti taman negara dan perjalanan jauh. Pastu kak zura pulak baru balik dari Genting p main skyworld..Punya la dok cerita best plus ada promo harga RM65 aja sampai hujung tahu ni.

So, apa lagi tanya Siti and Inah bole dak nak lajak. Jawabnya onz je la. Ashu booking ja tapi bab nak susun game, study lay out skyworld itu semua keja Anis Sakinah. Ashu ikut aja. Siti memang dah habaq dia gayat, nak naik hat biasa-biasa ja. Maka berpecah lah kami.

Apartment 2 bilik, 2 toilet, ada balcony, kitchen..RM110 ja..memang berbaloi..

Plus ada heated pool..cuma sempat berendam dalam 10 minit ja, pastu ujan.

View dari balcony.

Awaiiii kami sampai, x dak orang beratoq pun. Naik gondola pun tak share ngan sapa.

Sampai light breakfast dulu makan roti jagung. Pastu ronda indoor.

Pukul 9.15 dah start beratoq, 9.30 pintu dibuka kami orang first scan masuk. Gitewww

Study lagi map

Nampak dak..dit dit..tapi lepas start game, degup jantung berpeluh terus badan.


Sebab masuk masih awai, so pusing ootd dulu.






Inah susun game cam ni

1) Independence
2) Samba gliders
3) Acorn
4) Tera
5) Alpha
6) Epic

Tu yang best dan wajib, kami siap sempat join game yang siti naik lagi. Inah siap ada yang repeat. Dah abis awai malas nak tunggu pastu orang pun makin ramai maka kami decide jom lah keluaq awai. Shoot Cameron terus, tak yah tidoq Tanjung Malim.


Ni VQ (virtual q) kami guna sekali ja untuk aktiviti petang. Hat pagi line semua clear, x yah beratoq panjang. Sekian lah cerita genting..memang best tapi tak repeat lah kot. Shekali seumur hidup dah la. Gitulah cerita percutian 5 hari 4 malam kami. Hat kat Cameron tu tak yah lah, cam besa ja jem dan mahai..hahahaha

No comments:

Post a Comment