Thursday, February 19, 2026

SSPA : Daripada Pegawai Jadi Pembantu

 


08.12.2009 saya lapor diri di sini sebagai Pegawai Khidmat Pelanggan (PKP) Gred N17. Lantikan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). Lantikan pertama di sini dan masih kekal di sini untuk tahun ke-17. Kemudian perubahan gred jadi N19 tapi nama jawatan masih Pegawai Khidmat Pelanggan.

2022 genap 13 tahun naik pangkat ke gred N22 (KUP) secara timed based. Tak mohon secara hakiki sebab tak nak keluar disebabkan jawatan ni tak banyak (kalau apply dapat bertukar ke federal sakit wooo). Lepas tu kecoh-kecoh SBPA nak ganti SSM. Masa ni bunti dah PKP akan jumud ke Pembantu Tadbir. Siap segala bagai dokumen dah tetiba tak jadi. Maka kekal lah sebagai PKP. 

2024 PMX umum SSPA dan confirm kali ni 2 jawatan di bawah KPM yang dijumudkan iaitu PKP dan Penyelia Asrama. Maka secara rasminya pada 01.12.2024 saya bertukar jawatan daripada Pegawai Khidmat Pelanggan N22 (KUP) menjadi Pembantu Tadbir N2 (TBK1). Tapi masih lagi bawa tugas PKP. Masih lagi di kaunter menjawab panggilan dan melayan tetamu yang berkunjung.

Sehinggalah secara rasminya 01.01.2026 masuk buat tugasan Pembantu Tadbir. Maka jadilah saya seorang Pembantu...tiada lagi Pegawai...hehehehe..Banyak benda kena belajar..tak boleh slow2..harus pantas. Semoga dipermudahkan, dilindungi daripada sebarang kesilapan. Chaiiiyokkkk

No comments:

Post a Comment