Tuesday, June 30, 2026

Short Escape : Day Trip Ke Pulau Kapas

Disebabkan Ameer baru 2 minggu kerja, takkan nak apply annual leave dah..maka terjadilah trip wiken aja. Pilihan inah adalah Pulau Kapas sebab boleh snorkeling dan hiking.

Seperti biasa memang win kalau Kelantan dan Terengganu dengan kuih-muih depa..rasa macam nak borong semua.

Abis breakfast dan tapau lunch kami jalan ke Jeti Marang.

Naik bot sekejapan aja...sampai dah seconet pulau..ada satu resort saja.

Aktiviti yang ada kat sini.

Kami ronda ushar kawasan dulu, cari kat mana toilet, storage box, surau..port lepak.

Maka bermulalah aktiviti pertama kami iaitu hiking Bukit Singa. Hiking 10 minit, ootd sejam. Track sempoi aja..layannnn

10 minit sampai peak..bercerau peluh sebab tunggu q nak tangkap gambaq aja.






Cantik wei ayaq lautnya.

Abis aktiviti hiking balik rest jap. Petang sambung snorkeling..tapi nan hado pic sebab tiga2 ketui tak bawak water proof casing. Maka enjoy ja kami berenang ngan nemo2.

Tepat jam 5.30 ptg kami bye bye Pulau Kapas.

Sampai darat, terus ke family mart..layan oden..mabeles...

Itinerary kami..

26.06.2026 (Jumaat)

2100 : naik bas dari Terminal Sungai Nibong

27.06.2026 (Sabtu)

0615 : sampai Hentian Bas Marang.
Ada masjid sebelah tu, solat dan mandi kat situ.
0715 : jalan kaki ke Pasar Marang. Sarapan, tapau lunch (beli siap2 na sebab makanan kat belah pulau mahal ye)
0845 : naik bot
0900 : sampai pulau, ronda tengok kat mana toilet, storege box dan surau. Satu storage box RM10 (muat 3 beg pack kami)
1000 : aktiviti hiking dan ootd Bukit Singa
1130 : balik ke pulau, rest dan lunch
1300 : aktiviti snorkeling (satu check point aja). tak dak penyu..ada nemo dan gamat. Coral cantikkkk
1500 : balik ke pulau, mandi, jama' taqdim..rest..
masa ni dapat call dari driver bas mintak kami naik di depan Klinik Kesihatan Marang sebab bas dari arah Dungun. Hurmmm..nak kata apa..tak pa lah nnt cari grab.
1730 : naik bot balik ke darat
1745 : sampai darat, terus jalan kaki ke family mart..layan oden
1900 : lepak masjid, jama' taqdim. 
Masa ni dah try on app grab dan in drive..tgk tak dak driver yang view pun..ahhh sudah. Lps solat dalam 8.15 gitu cari lagi tapi tak dapat. Jam dah 8.35..lastly approach pak cik masjid yang dok lepak tnggu isya la. Terima kasih orang terengganu baik2. Sorang pak cik tu tolong hantaq kami ke KK Marang..Dalam 7 minit ja perjalanan. Dah sampai...sekali kena sidai ngan bas..pukul 10 malam baru bas sampai.
2200 : bertolak pulang

28.06.2026 (Ahad)

0600 : selamat sampai Terminal Sungai Nibong
0610 : solat subuh di Masjid At Taqwa Taman Tun Sardon sebab lepas tu nak breakfast serabai mabeles...

Bajet pulak

Tiket bas penang - marang return = RM140
Day trip Pulau Kapas = RM70
Charge pulau = RM10
Makan-makan = anak2 payung

Sekianlah aktiviti kami 3 beranak..


No comments:

Post a Comment