Friday, July 10, 2026

Cameron Lagi Sempena Cuti Hari Warisan Pulau Pinang

Berjimba lagi dengan geng opis. Ritu kami geng kaunter ja sebijik keta. Ini kali kita bawak 1 van. Malas nak drive sebab tu decide sewa van..so mencarilah ahli jemaah supaya cukup. Daripada 15 orang nama pada awalnya, dapat jugak 13 orang yang confirm. Alhamdulillah selamat naik dan turun.

Heran manusia mai mana...q panjang giler nak dok minum teh. lastly kami ronda ootd ja.

Breakfast @ KHM

Seperti biasa nasik lemak sambal strawberry

warung ikat tepi..next time nak try sini

Musim kot la ni..dobot2 belaka..seperti dobotnya saya

nah share itinerary

0330 : tayar van bergolek dari KMPP
0630 : solat subuh @ Masjid Al Huda Kampung Raja
0800 : breakfast @ KHM
0930 : ootd laluan cantik sebelah Pejabat Veterinar, Tanah Rata
1130 : aktiviti tour jeep @ Sungai Palas
1330 : lunch @ food court Brinchang, shopping teddy bear
1530 : shopping @ agro market
1610 : shopping @ kea farm
1745 : jama' takhir @ Masjid Al Huda Kampung Raja
1815 : bertolak balik
2020 : jama' taqdim @ rnr Bukit Gantang
2230 : selamat sampai KMPP


No comments:

Post a Comment