Kaki makin panjang melangkah jauh. Beli tiket bulan April lepas confirm tak dapat rayuan haji dah. lagipun dah bersedia nak explore negara2 jauh. Kenapa tajuk jadi day trip eh. Ceritanya dapat harga murah tapi kena fly dari Singapore. Flight by Saudi Airlines transit Jeddah pada 17 okt jam 2.20 pagi.
Masa q kat CIQ JB dapat notification flight delay. Daripada jam 02.20 pagi ke jam 3 pagi. Tak pa lah sat ja, x dak hal pun. Dah sampai Changi Airport melangut kat sejam dah. Tengok kat flight board nampak delay dah. Mai pukul 11 malam nak p beratoq check in luggage nampak dok kecoh dah kat kaunter. Ting tong ting tong nak mid night Saudi confirm flight cancel due to aircraft isuue.
Alahai, x pa lah nak kata apa dah. Nak kata epot Jeddah tutup, flight jeddah milan ada ja. Last kami melentang ja lena kat hall tu. Pukul 5 pagi p kaunter balik baru Saudi dok buat arrangement hotel. Depa tempatkan kami kat Hotel V Lavender. Jam 0630 baru dapat check in. Naik subuh dulu, baru turun breakfast.
With king kami bergerak santai2 di pagi Jumaat. Sarapan dulu sebelum naik tol Behrang.
Exit Tangkak, singgah lunch mee bandung..layannn..kedai member Izzah.
Kat Plaza Pelangi (meet point kami utk pick up ke Changi Airport). Beli coklat Toblerone nak bawak p Gunung Matterhorn kat Switzerland nanti.
Jam 0021 officially flight cancel..berhuhuhu lah kami.
Jam 0630 baru dapat check in..barai sudah..belum dapat update bila next flight.
Lepas sarapan kami naik tidoq sampai tengah hari. Pastu bangun mandi, siap, keluaq jenjalan area Masjid Sultan. Perut pun dah berkeroncong. Memang la Saudi bagi hotel lengkap dengan meals tapi non halal deee. Breakfast bole la bakaq roti cicah ayaq kopi. Siap semua berjalan lah kami ke Masjid Sultan. Elok sampai azan zohor so masuk solat siap2. Pastu ronda ootd and lunch area tu.
Dalam jam 4 ptg gitu kami patah balik jalan kaki ke hotel. Sampai terus nak siap sebab jam 6 ptg nak check out (dpt new ticket 18 okt jam 2 pagi). Tengah dok berkemas dalam pukul 5 lebih gitu receptionist call habaq Saudi Airlines bagi check out esok sblm jam 12 tgh hari.
Hurmmm..hati dok rasa flight awal pg esok cancel lagi ni. Maka mesyuaratlah kami 5 orang. Sepakat membawa berkat kita beli flight ticket baru memandangkan Emirates fly sin - mxp 18 okt jam 1035 walaupun saudi tak keluaq notis cancel lagi. Kalau keluaq kita request full refund.
Bercuti di negara yg tgh berjerebu
Kami jalan kaki ja pakai google maps
SEcond time visit Masjid Sultan
Teh tarik pistachiou
Waktu turun dinner jumpa lah dengan acik2 umrah dari Batam. Depa lagi kesian..semua menanti dgn penuh harapan. Patut turun Jeddah depa masuk Madinah dulu. Kami ni sib baik lunch tadi dah bantai nasik. So dinner ni kami mntk mushroom soup ngan garlic bread..tu ja yg halal. Acik2 batam ni syian la pulak..org tua of course la cari nasik. So Nonie p deal ngan kitchen suh masak nasik, rebus teloq makan ngan kuah dall. Pas dinner kami naik..borak2..kemas beg..dok layan frust kena skip Dolomites dah..astu lenaaaaa..
Pukul 6 bangun, mandi, subuh..pas subuh heret beg p breakfast. Lepas breakfast dlm 7.15 gitu order taxi..geraklah ke Terminal 1 Changi Airport. Sampai terus check in luggage..request dok dekat2..settle, masuk jenjalan santai leha2.
Ready to flyyyyy..alhamdulillah
First meal..lunch of course
Transit Dubai 1 jam 40 mnt.
Rezeki flight dxb - mxp banyak kosong..bole melentang lena
Dah dia jamu makan lak.
Astu dia kejut untuk dinner lak..
Jam 2015 waktu Italy kami selamat mendarat di Malpensa International Airport. Settle imi, ambik luggage. 2130 uyil & Linda pick up..off to Dolomites..And uyil said itinerary onz spt dirancang cuma Kandersteg aja jadi 1 malam dan malam last stay hotel area airport milan. Yihaaaa esok hiking seceda..terus ilang segala letih. 4 jam beb dari milan ke dolomites. Dalam 0140 pagi kami check in airbnb..zzzzz