Monday, October 22, 2018

"First Aid Kit" Seorang "Hiker"

Selama hampir setahun mendaki saya tak pernah kisah pasal first aid kit. Pada saya itu tugas gogo untuk sediakan. Sehinggalah saya mendaki Gunung Kemerlong untuk kali kedua lepas Aidilfitri tahun ni. Dah nak sampai ke starting point tiba-tiba saya rasa tapak kaki kiri sakit sangat. Jejak saja tanah terus berdenyut. Nasib baik masa tu dengan kecik, duduk kejap lunjur kaki. Kecik tekan tapak kaki. Still berdenyut, nak bangun pun tak boleh. Alhamdulillah masa tu Kak Citra dan sorang lagi hiker sampai kat kami. Terus brother tu buka ors bancuh dengan air dan terus bagi saya minum.

Sejak dari itu saya terus order first aid kit yang comel ni kat shoppe ja harga dalam RM5.99. Ada la serba sedikit alat bantuan kecemasan dan ubat-ubatan yang penting.

Ni la rupanya kit comel.

Isi dalamnya.

Gunting kecil, plaster....

ORS @ air garam..mencegah kaki cramp.

Yang wajib ada panadol, ubat tahan sakit.

Vitamin C solouble. Sambil bagi sedap ayaq.

Tuesday, October 9, 2018

Pembatalan Penerbangan Air Asia

Perancangan kami menawan Rinjani pada 27 Okt 2018.
Tiket dah book pen-kl return dan kl-lop return.
Persiapan ada la buat sikit-sikit. Tukar duit rupiah dah, survey pakej, beli gaiter dan pole stick tambahan.
Susun trip untuk pastikan stamina ok.

Kita merancang, Dia menentukan. Penghujung Julai ibu disahkan kanser saluran kencing peringkat kedua. Hurm, bermula tarikh tu saya dah hilang harapan Rinjani. Dan ditakdirkan pula Lombok dan Bali bergegar. Hampir saban hari dan sehingga kini. Gegaran susulan masih berlaku pada skala kecil (bawah 6). Agaknya dah tertulis belum masa lagi. Awal september kerajaan Indonesia mengumumkan penutupan Gunung Rinjani selama setahun.

Tak apa..belum rezeki lagi. Tapi frust jugak sebab masa book tiket hari tu tak ambil insuran aa (ingat nanti nak pergi baru apply insuran travel). So, ingat burn lah tiket kl-lop tu. Nasib baik alert ada sms cakap flight cancel. Bila buka email, yihaaaa masih ada rezeki refund.

AA maklumkan pembatalan penerbangan. 

AA bagi 3 pilihan.
1) Tukar tarikh flight.
2) Credit account 
3) Full refund.

Dah tentu kami pilih full refund sebab dah 2 bulan gempa still berterusan. Lagipun rinjani tutup.

Alert ya dengan email susulan sebab aa akan tanya nak refund semua atau certain sector ja. Just reply full refund. Settle..

Urusan refund dalam 10-15 hari kalendar, tapi alhamdulillah dalam kes kami dapat dalam tempoh 5 hari ja. Just burn tiket pen-kl je la..Alhamdulillah rezeki la jugak di saat poket nipis ni..hehehe

Monday, October 1, 2018

Kali Kedua Ke krabi Menjejak Hang Nak Mountain

Misi tertangguh..hujan dan thunder storm 2 hari sebelumnya menyebabkan trek ditutup sementara.
Hurmm, penat 12 jam perjalanan..tapi redha la..keselamatan lagi penting.
Actually dari hari perjalanan lagi dah hujan on off, masa sampai kat starting point pun hujan lagi.
Apa nak dikata, switch to Plan B.

Rempitttt and food hunting. Nak ke Emerald Pool pun kami berdua dah pernah sampai. So, decided to Tha Pom Klong Song Nam. Kawasan paya bakau boleh tengok tempat pemisah air tawar dengan air masin. Ada nature trail sejauh 1200 meter. Kami habiskan masa 2 jam jugak berjalan dalam tu sambil photoboom and membawang (walaupun berdua) banyak gak la benda dibawangkan.

Boleh mandi kat sini tapi scary coz hujan tak nampak apa kat bawah tu. Tapi slamber je budak-budak siam ni terjun. Kami setakat sua-sua tangan nak rasa ayaq tu. Sejukkk hujan sama kot.

Enterance fee 100 TBH






InsyaAllah akan repeat nanti untuk menawan Hang Nak Mountain. Tapi tunggu la rate turun sket. Ni sendu betul tgk rate.

Saturday, September 22, 2018

Trans Laksamana (Bukit laksamana - Penang Hill - Moongate)

Lokasi : Taman Rimba, Teluk Bahang, Pulau Pinang
Ketinggian : 805m (Peak Bukit Laksamana)
Jarak : 16.2 km (Laksamana - PH)
Tarikh : 11 September 2018

0600 : Meet point Surau Moongate (park kereta situ)
           Pas solat subuh berjalan ramai-ramai ke roundabout Gurney.
           Naik bas rapid ke Taman Rimba Teluk Bahang (RM2.70).
0730 : Berhenti kat roundabout Taman Negara.
           Breakfast..roti jala sempoiiii.
0830 : Mula mendaki.
1230 : Sampai peak Laksamana.
1330 : Bergerak ke Penang Hill.
1630 : Sampai Penang Hill.
           Solat, makan.
           Pastu surrender..tak sanggup nak turun menapak ke moongate. Semua setuju naik powil
           (RM10 seorang).

Gogo dera warm up berjalan dari moongate ke bulatan Gurney..Dekat sejam gak berjalan.

Mula trek naik tangga sket..pastu santai-santai sepak daun..lalalalala bergelak tawa lagi masa ni.

Hurmmm, dia mula dah nampak tali..nak kena naik la tu..

Kannnnnnn..mula mendaki dah..

 Ingat pacak mcm selalu..takat-takat sejam..rupanya pacak tak ingat dunia..sekali pacak nak dekat 2 jam..dah la x dak checkpoint nak benti melepas lelah..bertabah la huhuhuhu

Trek clear..tapi simpang siurrrr..takut sesat la jugak..

Line up 10 orang.


Peak Laksamana..sejukkk..ujan non stop, nasib baik tak lebat.

View dari peak..

Nampak Empangan Teluk Bahang.

Tak ramai yang tahu trek ni. Masa kami naik hari tu pun jmpa sorang ja, runner. 
Boleh naik tanpa guide, tapi hati-hati la banyak simpang. takut tersalah simpang keluaq kot Tokkun hahahahaha.

Plan asal nak buat trans Laksamana - PH - Moongate. Siap cadang nak singgah Hotel Craig. Tapi tak sanggup, mungkin sebab preparation tak lengkap. Kena start lebih awal, bekalan makanan dan air yang mencukupi. So, sampai Penang Hill ja and kami decide turun ke moongate dengan powil.

Kena bawak pole stick (mencanak naik, mencanak turun). Lutut mau kuat ok. 
InsyaAllah will repeat..tunggu hari panas terik sikit.


Wednesday, September 19, 2018

Gunung Tok Nenek Part 2

26 Ogos 2018 (ahad)

0330 : Bangun, siap, ambil brekafast.
0400 : Summit attack
0610 : Puncak Tok Nenek
0810 : Mula turun
0915 : Kem Berlumut
1200 : Mula keluar
1310 : Kem Botol
1350 : Kem Lengkuas
1600 : Simpang Y
1830 : Parking
1930 : Bertolak balik

Peak Tok Nenek comel ja..tunggu turn la utk selpiaq.

Sun rise..sejuk dit dit..angin kuat..Kejap lari bawah berlindung dari angin.

Segala puncak boleh nampak dari sini.


Tempat wajib bergambar. Hati- hati ya, kalau gayat jangan dipaksa.

Trek mmg memacak tak dak diskaun. Then dah nak sampai akan jmpa trek berbatu. Hati-hati jangan follow rapat, nnt melayang batu-batu kecik tu..

Akaq pokok berselirat..tapak kasu mau cun hokey..

Sampai kat parking dalm jam 6.30 petang. Mandi, salin baju. Terus gerak balik Penang.
Masa ni kami semua dah jalan mengengkang. Penangan squad, menyeronot bawah buluh..
Sempoiiii..

Peringatan..wajib bawak glove, ramai yg terluka tapak tangan..pakai t shirt lengan panjang na, buluh tu tajam, pokok duri pun banyak.

Tuesday, September 18, 2018

Gunung Tok Nenek Part 1

Nama : Gunung Tok Nenek
Lokasi : Sempadan Gua Musang Cameron
Ketinggian : 1916m
Jarak : 29.3km
Tarikh : 25 & 26 Ogos 2018

25 Ogos 2018 (Sabtu)

0630 : Meet point Masjid Lojing
0800 : Bergerak ke Pos Sungai Rengil (park keta situ dgn bayaran RM15)
0930 : Mula mendaki
1150 : Simpang Y (simpang antara tok nenek dan yong yap)
1415 : Kem Lengkuas
1810 : Kem berlumut (camp site)

Sun rise @ Masjid Lojing.
Tapau breakfast dan lunch kedai depan masjid.

Mula jalan dengan trek balak. Kalau tak larat cari gogo yang offer powil.

Sungai di mana-mana..Tak yah pikul ayaq. Sedia botol kosong ja.

Pas sungai menyeronot, pas menyeronot sungai..
prepare la squad, bagi biasa..

Kannnnn..sungai lagi...

Simpang Y, ke kiri ke tok nenek, terus ke yong yap.

Hayati flora ja

Fauna x mau..



Hidden waterfall..kena turun sket dari trek..


Gitu lah coretan hari pertama Gunung Tok Nenek single.
Jam 6.10 ptg sampai kem site. Ada water point kat camp site.
Pacak khemah, maghrib, dinner, isya..lena  zzzzzzzz

Sambung nanti utk part 2..summit attack.

Monday, July 23, 2018

Explore Gunung Siku

Hurmmmm ermmmm..tu la kan pelan asal dah bertukarrrrr. Sebab PTT Outdoor close dan tetiba dalam group brinchang barat offer day hike ke gunung siku pulak. Setelah bincang ngan kecik dan baca blog, survey apa yg patut rasa ok insyaAllah bole. Lagipun malam tu kami tidoq hotel kat brinchang. Dapat full rest. Apa lagi slot in la nama utk trip Gunung Siku 15.07.2018 (Ahad).

Meet point : SMK Kampung Raja.
Ketinggian : 1916 m.
Estimate time : 5 jam..mmg layan gila mossy..lagi cantik daripada Gunung Brinchang Barat.

Tapi kan memula naik mmg menyumpah gak..dekat sejam pacak non stop. Menyesal pun ada awat la p ikut trip hari ni. Dengan x dak check point. Ngam-ngam sejam berlalu, almost give up tiba-tiba nampak mossy forest..cantiknyaaaaa..ilang abis rasa pewai. Layan ja trek mossy sampai peak.

First time naik lori powil..layannnn











Semua gmbq mossy forest ja..gmbq trek pacak nan hado..sbb rasa nyesal kannnnn..nak kuaqkan hp pun malas.

Me at the peak..see the siku.

Me and my partner in crime.