Monday, March 4, 2024

Coq Pisang Di RUmah Kenduri

Disebabkan cuti bakal luput tahun ni ada dalam 13 hari jadi ashu pun okay jela ambik cuti sehari di hari Jumaat. Kenduri hari Sabtu, Jumaat pagi terus kami ke Trong. Mandi air terjun Pechah Batu. Sampai abg chik kena call panggil balik la..hehehe..Penang dan Kedah cuaca panas litlit, mai Perak dapat sungai. Dekat 4 jam kami berendam.

Balik lunch, pas zohor lena semua sampai ke asaq. Pastu hujan pulak, menung aja dalam rumah sambil kelebek Rizqi. Lepas maghrib kami p umah mak ndak. P la tolong apa yang patut. Besiang daging dekat 40 kg. Potong buah kundoq. Huhuhu..nasib baik dah puas lena. Tengah malam gak la baru balik. Ingat esok nak terjun sungai lagi, sekali mami pesan mai awai na esok, nak kupas pisang. Nak buat coq pisang jamu kat tetamu. Jemmmm


Menggoreng lah kami dekat berapa puluh round. Rare lah sket kenduri kali ni ada coq pisang. Memang la sedap tapi penat doh. Masak gotong royong memang lah puas makan, sedap, secukup rasa. Tapi penatnya hazabbb.

 

No comments:

Post a Comment