Wednesday, March 6, 2024

Lata Perahu : Hidden Gem Kuala Kangsar

Memang cantik, kawasan terpelihara, tak dak sampah-sarap, dok dalam kawasan kampung, tak jauh pun dari exit highway Kuala Kangsar (dlm 30-40 minit). Tapi tak repeat dah la. Hahahaha. Dapat port ni sebab search waterfall yang tak perlu hiking atau jalan jauh. Memang la tak payah hiking masalahnya drive jalan pacak wei, gear satu ja lepas. Tu nasib tak selisih dengan kenderaan lain. Jalan lak muat-muat ja seketui kereta. Rami yang naik geng muda mudi naik moto aja. 





Trip ni last minute aja. Hari Jumaat mandi di Pechah Batu, Trong, Sabtu kenduri @ Taiping. Petang balik Penang sebab malam tu dah plan nak bersteamboat ngan geng math. Tengah bersteamboat baru la si adik2 ajak lepak. Maka jadi la trip Latu perahu day trip aja. Kui 8 pagi bergerak dari Penang. Lepak waterfall dalam 4 jam, lepak umah eija dalam 2 jam gitu. Sebelum maghrib gerak balik Penang.



No comments:

Post a Comment