Friday, February 22, 2019

Gunung Tahan : Merapoh - Merapoh

Ketinggian : 2187 meter (puncak tertinggi di Semenanjung)
Jarak : 64km (return)
Line up : 11 orang dengan seorang guide
Starting point : Taman Negara Sungai Relau, Merapoh, Pahang.

Kami pilih trip santai 5h 4m. Kebiasaannya kalau trek merapoh - merapoh 4h 3m ja. Tapi memandangkan pace dan kemampuan kami yang selow selow ni maka kami pilih trip 5h 4m. Dan kak miza the gogo offer kalau nak day trip ke Gunung Gedong selepas summit attack pun boleh cuma kena tambah lagi RM25. So, semua agree. Maka jadilah trip kami Merapoh - Gedong - Merapoh.

Dah settle barang dan kelengkapan pendakian Gunung Tahan. Beli khemah baru untuk 4 orang. Ingat ya kat Kem Botak tu dah tinggi (dalam 1900 meter dah), suhu boleh drop sampai 6 darjah celsius waktu malam dan awal pagi. So, prepare tidoq dalam khemah ya. Pastikan bawak set thermal dan wind breaker (utk orang yang tak tahan sejuk macam saya). Kalau yang dah biasa tu tak pa la.

Maka hari Isnin (04.02.19) bertolaklah kami bertiga ke Merapoh. Route kami Penang - Bandar Baharu (ambik si Din) - Simpang Pulai - Lojing - Gua Musang - Merapoh. Cuma kami singgah jap Cameron layan strawberi dan teh. Dalam pukul 7 malam jumpa group Kak Miza kat Masjid Lojing, solat jama' kat situ then baru shoot ke Merapoh. Jalan ok, selesa..kereta banyak jugak mungkin sebab cuti sekolah dan CNY. Sampai Masjid Merapoh dalam pukul 1 pagi. Relax kat situ dan lena seround.

Up sket dulu log pendakian Gunung Tahan.

Day 1 (05.02.2019)

0530 : Mandi and subuh @ Masjid Merapoh
0730 : Breakfast
0800 : Bergerak ke Taman Negara Sungai Relau
0900 : Declare dan susun barang
1020 : Briefing drpd officer taman negara
1040 : Naik powil
1110 : Sampai starting point
1115 : Briefing trek hari ni (13.5 km)
1140 : Angkat sauh
1310 : Kula Luis (lunch and solat)
1420 : Angkat sauh
1555 : Kem Lata Luis. take 5
1610 : Angkat sauh
1720 : Check in Kem Kor

Trek hari pertama santai, seberang dalam 6 sungai. Ada naik turun sikit.

Day 2 (06.02.19)

0810 : Briefing trek hari ni (16.5 km)
0825 : Angkat sauh
0915 : Kem Permatang
1150 : Kem Kubang. Lunch
1240 : Angkat sauh
1330 : Kem Berlumut
1425 : Kem Bukit V. Solat
1530 : Angkat sauh
1750 : Kem Bonsai. Take 5
1810 : Angkat sauh
1945 : Check in Kem Botak

Trek hari kedua bermula dengan sungai kecik, kemudian jumpa Bukit Good Morning. Pastu pacak berakaq, layan becak, mossy, layan bonsai dan trek botak. Merelit la jugak.
Day 3 (07.02.19)

0715 : Briefing trek ke peak (2 km)
0730 : Angkat sauh
0815 : Peak
0920 : Regroup ke Gunung Gedong
1230 : Bukit Berapit. Lunch
1335 : Angkat sauh
1605 : Peak second time
1615 : Angkat sauh
1705 : Check in Kem Botak

Trek ke peak clear, berbatu. Hati-hati sket.
Dari peak ke Gunung Gedong view memang superb. Saujana mata memandang. Pastu masuk becak and mossy sampai ke Bukit Berapit. Then decide patah balik sebab hanya kami berempat ja (saya, kecik, din and azam). The rest mmg sampai peak ja.

Day 4 (08.02.19)

0805 : Angkat sauh
0920 : Kem Bonsai
1130 : Kem Bukit V. Take 5
1200 : Angkat sauh
1350 : Kem Kubang. Lunch
1415 : Angkat sauh
1610 : Kem Permatang. Take 5
1630 : Angkat sauh
1730 : Check in Kem Kor

Masa turun mula sakit kaki dah sebab layan trek berakaq. Lutut alhamdulillah tapi tapak kaki rasa sakit sangat bila kena akaq. Mental gak tera nak sampai Bukit Good Morning.

Day 5 (09.02.19)

0940 : Angkat sauh
1035 : Kem Lata Luis
1125 : Kuala Luis. Take 5
1135 : Angkat sauh
1305 : Starting point
1315 : Naik powil
1350 : Sampai pejabat, tunggu declare barang
1630 : Habis declare
1700 : Bergerak ke Masjid Merapoh. Mandi dan solat
1800 : Bertolak balik Penang.

Once dah lepas Kuala Luis..ko boleh berlari dah ontrek..Bahagia doh.

Macam nak niaga..2 singget 2 singgetttt

Bergambar dgn Yen (guide) lepas habis taklimat

Nilah pintu masuk..Bahagia gilerr masa balik jmpa pintu ni..hehehehe

Trek hari pertama. Relax





Trek hari kedua.








Gambar peak? Hehehehe..nanti la kat entry lain.

Cuma nak pesan masa lepas Kem Bonsai ke Kem Botak, sila jaga pernafasan. Masa ni dah ketinggian melepasi 1700 meter. Gigit something macam madu stick or choki choki supaya mudah sedut dan lepas nafas melalui hidung. Pakailah sun block, sejuk angin tapi mentari masih menyinar.
Tu jelah..yang penting jangan lupa bawak...



Bawak bersabaq layan lecak n akaq pokok..adiossss



No comments:

Post a Comment