Thursday, February 28, 2019

Menuju Puncak Gunung Tahan dan Gunung Gedong

Pendakian ke puncak Gunung Tahan mengambil masa 45 minit ke sejam sahaja. Sebelum sampai akan jumpa satu camp site. Camp site sini lagi ok drpd Kem Botak sebab ia terlindung dari laluan angin, cuma tak dak water point.

Inilah trek dia..alhamdulillah masa kami p cuaca panas. Kalau musim hujan mesti teruk berangin.


Finally puncak tertinggi di Semenanjung Malaysia. Comot sungguh seluaq. 3 hari seluaq dan baju yang sama..hahahahaha

Tapi apa pun setelah setahun 6 bulan bergelar hiker, ini lah pertama kali saya dapat awan karpet. View superbbbbbb. Memang lawa gila.

Dah habis sesi selpie welfie kat peak kami meneruskan perjalanan ke Gunung Gedong (7 km sehala).
Group along dalam 8 orang. Group kami 4 orang ja (saya, kecik, azam and din). Mula turun peak memang layan habis view. Indahnya tak tau nak habaq, dengan awan berkepuk-kepuk, ladang periuk kera, gunung-ganang sekeliling. Kami jalan santai-santai ja.




Siap melepak lagi, mentari mmg dah menyinar masa ni tapi angin sejuk so layannn je la sun burn tu.

Tunggu group along sampai.

Me and yen the guide.

Start masuk mossy..layan trek lecak. Group along semua patah balik. Tinggal kami berlima ja. Yen cakap COT kui 12 noon kat Bukit Berapit. Kalau lebih kena patah balik. Tak pa layan jelah lecak (walhal dah mental time tu). Mula la nyesai, awat tak patah balik ja. Lastly kami sampai gak Bukit Berapit dalam pukul 12.30 tengah hari. Lepak, layan view, makan nasik, bancuh milo. Pukul 1.30 petang mula patah balik. So, tidak kesampaianlah kami ke Gunung Gedong.

Canrik mossy dia..tapi hutannya gelap (agak scary kalau terpaksa ot di malam hari)


Muka barai, bebai layan trek..hahahaha




No comments:

Post a Comment