Bukit Cendana : 525m
Jarak : 14.6 km
Trip pembuka tirai 2020. Kawasan yang dah lama saya tahu iaitu Kebun Bunga, tempat berdating dan berjoging zaman awal 20-an dulu. Juga merupakan antara starting point ke Penang Hill. Tapi tak sangka ada dua bukit yang sempoi, cantik dan menarik untuk diteroka. Tambah paling best waterfall dia, pergghhhh. Tak sangka Penang masih ada waterfall yang cantik, luas dan bersih.
Kami memulakan pendakian jam 8.05 pagi. trek terus mencanak, menaik ja kejanya sampai termiss peak olivia. Nampak tak kepaduan di situ. Awas, banyak simpang, mudah sesat walaupun trek clear.
Mai la awal na, parking lot sini macam pisang goreng panas-panas.
Ni la starting point, Seberang titi nun.
Trek manja-manja, luas, tapi sentiasa mendaki. Memang tak dak diskaun sampai lepas Peak Olivia, sampai ke air terjun.
Ada tempat yang ditanda, tapi ada juga simpang yang confuse. Memang simpang tu boleh keluar tapi takut keluar di tempat lain (bukan starting point).
Nampak air terjun? Pacak turun tu.
Nampak titi ni, sikittttt lagi sampai la air terjun.
Hidden waterfall.
Peak yang terlepas..hahahaha
Peak Bukit Cendana
Ohsem view dalam gambar jela, kat bawah serabut. Nampak tak laut ditambak?
Exit point di Moon Gate 5
Ending point. Keluar jam 3.50 petang. Santai lama kat waterfall. Next time akan repeat bawa lauk masak kat waterfall. Layannnnn
Partner in crime
menarik x sangka ada lg waterfall kat belah pulau
ReplyDeletemenghadap view pencakar langit ..menarik
betul, saya yang dok penang lama pun tak sangka penang masih ada air terjun yang cantik dan bersih
DeleteSalam..ada gpx file tak? macam mana ya nak p ke hidden waterfall tu? titi tu saya tau, tapi hidden waterfall tu taktau mcm mana nak p
ReplyDeletesaya tak ingat la hari tu p dengan gogo mana..cuba pm sorang borther ni kat fb (bro jas).mungkin dia dapat membantu.
Delete