Ketinggian : 574m
Jarak : 15km (return)
11.01.2020 (Sabtu)
1330 : Meet point di pintu masuk Tasik Pedu. Pembahagian ration.
1420 : Angkat sauh.
1500 : Sampai pintu rimba (take 5).
1505 : Angkat sauh.
1725 : Peak. Setup kemah, snap pic, prepare dinner.
12.01.2020 (Ahad)
0630 : Waiting for sun rise.
0730 : Prepare breakfast.
0830 : Breakfast, kemas camp site.
1030 : Angkat sauh.
1400 : Sampai starting point. (sepatutnya turun dalam 1 jam stgh sahaja)
Ration kali ni sengeh la jugak. Disebabkan tak dak langsung sumber air untuk gunug ni. Maka kena la pikul dari bawah. Air personal dalam 4 liter (itu pun x cukup der sebab naik time tengah panas), air company 1.5 liter. Fuhhh ration company ja nak dekat 3 kg.
Melalui trek balak hampir 1 jam. Hangit tore wei kui 2.30 petang. Angin pun nan hado.
Semut berjalan satu-satu..hura hooorayyy
Bila dah nampak dedaunan macam ni, maka ketahui la kita dah nak sampai ke pintu rimba..teduh dah la sket bila dah mula masuk kawasan hutan. Lega baq ang.
Hurmmm, trek bole tahan..Rasa rendah kan 500 meter lebih ja, tapi start dari pintu rimba ke peak (hampir 2 jam) memang kaki melangkah menaik je la..Tak dak diskon langsung. Ada la sket permatang dalam 5 minit berjalan.
Curam, jatuh mau tergolek dog.
Nampak ni dah nak sampai la tu. Akan lalu dua kawasan bertali yang agak sukar untuk memanjat (kena ada orang tunjuk step kaki). Then bila jmpa trek macam ni, atas sket tu gua kambing. 2 kali selekoh sampai la peak.
Tapi sebelum sampai peak akan nampak batu sempadan Malaysia Thailand. So, berhati-hati sebab camp site dalam kawasan Thailand. Jangan dok sesuka hati main-main lampu suluh ke bawah.
Pikul macam hamba, makan macam raja. Jenuh makan kali ni sampai kena paksa habiskan lauk.
First time dalam hutan makan siakap 3 rasa.
Sambal tumis kerang, sambal tumis sotong.
Tak yah bawak pinggan. Yihaaaaa
Waiting for sun rise. Masa sun set kalut kat dapoq. Almaklumla sekemah dgn mok cik kantin (maka terheret la sama dok dapoq).
Trip paling banyak kenangan.
1) Trip 2 negara.
2) Sunset from Tasik Pedu, Malaysia.
3) Sunrise from Yala, Thailand.
4) Trip paling mewah makan.
5) First camping trip 2020.
6) First trip yang start berjalan jam 2 petang (hangit tore).
7) First trip yang tak dak water point langsung (sendu pikul ayaq).
8) First trip cedera agak teruk (meleleh gak ayaq mata).
9) First trip dapat mc sampai 2 hari.
Cerita pasal kecederaan yang saya alami. Trek turun bukan trek masa naik. Trek turun adalah trek yang tiada akaq untuk berpaut, trek batu loose (guide kata memang ramai yang slide jatuh dan injured). Dan kali ni rupanya saya insan yang terpilih untuk merasa.
Baru turun dalam 10 minit saya slide terlipat hujung kaki kiri. Boleh bangun lagi, pusing-pusing kaki ok lagi. Sambung turun, prap bunyi buku lali meletup. Aduhhh, tahan air mata jugak. Line up yang lain mula potong, tunggu siti, kecik and abg nan. Siti sampai terus spray and balut buku lali. Abg Nan bagi pain killer.
Berjalan la turun slow-slow, setiap setengah jam kena stop spray bagi bertahan kaki. Bila mai part kena menaik tu tahan gak la air mata. Pengalaman wei..macam ni rupanya injured. Alhamdulilah selepas 3 jam stgh sampai gak ke starting point. Kenangan betul trip ni. Moga cepat sembuh buku lali ni, next month ada trip Gunung Bah Gading.
brapa kos hangus tuk sorang ye
ReplyDeleteRM75 sorang..trip anjuran Penang Outdoor.
DeleteBoleh buat day trip?
ReplyDeleteSorry lambat reply...ya boleh
Delete