Bila baju dah mula rasa ketat, bila naik tangga dah mula rasa semput, bila dah mula malas bergambar sebab nampak badan berisi, bila selera makan dah tak boleh dikawal, bila setiap waktu inginkan air manis. Maka cepat-cepatlah cari penyelesaian.
Saya mula nekad berubah selepas balik dari trip Menawan Gunung Kinabalu. Mula-mula memang menyampah tengok gambar sendiri (memang dobotttt sob sob). Lepas tu masa mendaki, 2 lagi geng memang dah boleh pecut ke hadapan. Saya dok la terkedek-kedek di belakang dengan en guide. Memang frust bila tak boleh perform.
Nampak tak? Seketul dobot seberat 72.9 kg.
Maka setelah selesai misi Kinabalu saya pun register di sebuah gym. SS Muscle di kawasan Pokok Sena. Saya terus sign up personal coaching untuk 10 sesi. Ok, ada perubahan tapi coach minta turun ke 65 kg baru cepat buat cutting. Woooo coach nak suruh hilang 8 kg dlm masa 1 bulan. Menangis di bucu katil pikir, lagi tambah laju air mata bila coach kata cut sugar confirm cepat hilang.
Tapi coach pandai pujuk, setiap hari bagi kata semangat. Cakap Ayu disiplin tinggi, semangat ada cuma nak buat perubahan sikit ja dalam kehidupan. Banyak la dia punya sikit, rasa macam nak mati dah bila pikir tak boleh minum teh tarik, nescafe tarik..boba..mocha..senduuu weiii
Coach suruh gantikan gula dengan stevia. Saya pun slowly la buat. Menggeletar badan terutama sekali bila lepas workout. Balik rumah bancuh sirap ais, clear rasa bertenanga. On off gitu tak ketahuan. Tak nampak progress langsung. Lastly decided untuk dibantu oleh coach Ilah (my opismate merangkap dealer shaklee) untuk proses cut sugar. Cuma declare siap-siap tak nak ambil shaklee (saya jenis tak berapa gemar suppliment dan ubat). Maka bulan 10 saya pun sign up la group coaching ni.
Apa yang diajar dalam group ni :
1) Kami semua kena buat cabaran no sugar selama 14 hari (tiada langsung gula sama ada dalam makanan atau minuman).
2) Cara membaca label makanan (nama lain untuk menggantikan gula).
3) Cara memilih makanan, minuman dan bahan masakan yang no sugar.
4) Perkongsian menu 'eat clean'
5) Cara betul mengamalkan IF (intermittent fasting).
6) Cara mengesan perubahan badan (bukan sahaja pada timbangan berat badan).
Saya mula dengan konsep 14 : 10 iaitu 14 jam puasa, 10 jam berbuka. Dan sekarang istiqamah dengan 16:8.
Contoh perkongsian menu 'eat clean'
Belajar baca label, banyak ja nama lain untuk gula. Hati-hati gais.
Alhamdulillah selama hampir sebulan berat turun ke angka 65.8 kg. Senyum dah lebar time ni. Coach pun puas hati. Saya renew personal coaching untuk 30 sesi. Hajat di hati nak buat cutting badan. Impian nak body macam Nana Al Haleq atau pelakon NCIS tu...Ziva David..hohohohoho..impian kemain ye.
Tapi gitu lah..kusangka panas hingga ke petang rupanya hujan di tengah hari. Masuk ja december..Yihaaaa, bulan cuti sekolah (kak fizah and kids balik dok rumah), bulan travel, bulan kenduri-kendara). Habis semua ke laut tercungap nak naik ke darat. Tinggai habis gym ka if ka cut sugar ka. Sampai lepas krismas coach telefon hilang p mana. Lepas kena belitiaq sedas baru la..ok coach bulan 1 saya masuk gym balik.
Tampal pic ni dalam bilik na.
Maka bulan Januari 2020 saya pun melangkah balik ke gym, on balik aktiviti cut sugar dan IF. Nasib baik kami masih ada group wasap coaching CCM. Ingatkan saya sorang ja ke laut rupanya ramai..hohohoho tak pa ada geng.
Dipendekkan cerita my best travel buddy roger bagitau ada competition The Biggest Loser 2020. Penyertaan terbuka kepada wanita yang mempunyai berat melebihi 60kg dan lelaki melebihi 65kg. yuran penyertaan RM10 seorang. Hadiah wang tunai RM200 (tempat pertama), RM100 (tempat kedua) dan RM70 (tempat ketiga).
Saya sahut cabaran ini maka pergilah sesi weight in pada 15 Februari 2020..Weight in 64.9kg.
Dan bermulalah keseriusan saya untuk menurunkan berat badan. Still continue cut sugar dan IF. Saya tambah dengan belajar cara pengiraan kalori dan saya dah ada jadual pemakanan setiap hari. Sepatutnya weight out 18 April 2020, tetapi disebabkan PKP maka ditunda sehingga lah 25 Julai baru ni. Kiranya pertandingan ni berlangsung hampir 5 bulan. Nanti siri kedua saya cerita lebih lanjut apa yang saya buat sehingga boleh dapat tempat kedua (hohohoho best wooo bila dah hilang nikmat pada nescafe tarik dan bila dah hilang 10.7kg..satu pek beras woooo).
Tadaaaaa the new me.. A one year journey from 79.2 kg to 54.2 kg.
Its about 18.7 kg. Moga istiqamah hingga ke akhir hayat. Akan kekalkan berat badan dalam 55-56 kg.
Siri 2 nanti saya akan kongsi aktiviti, cara pemakanan dan workout yang dibuat sepanjang PKP.
Ni ha kesimpulan setahun perjalanan saya dari 05.08.2019 - 25.07.2020
01.08.2019 = 72.9 kg (05.08 mula gym)
14.10.2019 = 68.5 kg (start join CCM)
23.10.2019 = 66.9 kg
08.11.2019 = 66 kg
15.11.2019 = 65.8 kg
Dec = ke laut = cuti sekolah, travel, kenduri-kendara
06.01.2020 = 65.5 kg
09.01.2020 = 64.9 kg
28.01.2020 = 65 kg
15.02.2020 = 64.9 kg (weigh in, serius IF, cut sugar dan workout. Dah reti kira kalori dan ada diari makan)
21.02.2020 = 63.2 kg
28.02.2020 = 63.3 kg
06.03.2020 = 63.1 kg
13.03.2020 = 63.1 kg
18.03.2020 = start PKP
09.04.2020 = 58 kg
02.05.2020 = 56.2 kg
13.06.2020 = 54.9 kg
25.07.2020 = 54.2 kg (weight out)
No comments:
Post a Comment