Saturday, August 1, 2020

Setahun Berlalu Siri 2 : Ibrah PKP

Tajuk kemain islamik..tajuk jela, isinya tak pun. Cuma nak berkongsi lifestyle baru yang terbentuk sepanjang PKP. Ingat ya kita perlukan 21 hari untuk membentuk habit baru dan 90 hari untuk menjadikan habit itu sebagai gaya hidup. Alhamdulillah sepanjang PKP bermula 18 Mac 2020 saya berjaya turun lagi 8.9kg. 

Ini jadual kehidupan PKP saya.

0600 - 0645 : Bangun, mandi, subuh.
0700 - 0800 : Jogging (dalam rumah)
0800 - 0830 : Rest 
0830 - 0930 : Training weight (tengok youtube ja workout without equipment)
0930 - 1030 : Rest, mandi
1100 - 1200 : Prepare lunch
1200 - 1300 : Lunch (buka IF) 
1300 - 1400 : Rest, zohor
1400 - 1600 : Lepak depan tv, sleep
1600 - 1700 : Prepare minum petang (biasanya kuih-muih tradisional).kalau malas sekut je (tutup IF)
1700 - 1730 : Asar
1730 - 1830 : Cardio menggunakan stepper @ keluar cabut rumput, bakar sampah
1900 - 2130 : Rest, mandi, maghrib, melangut, isya
2130             : Kalau ada movie best layan, kalau tak masuk tidoq jeeee.

Dan begitulah setiap hari. Yang bestnya kat rumah tak dak penimbang. So, memang tak leh nak agak berat turun berapa dah cuma perasan seluar makin longgar sampaikan seluar tidur kena ikat dengan getah..kalau tak meloroih (hohoho). Start timbang bila kena p office (itu pun penimbang analog). 

Masuk keja, habis semua kain baju kurung kena jahit sikit..
Ukur lilit pinggang dari 33 inci ke 29 inci dan lebar bahu dari 16.5 inci ke 14 inci. T shirt dari saiz L dah ke S (yihaaaaa jenuh nak mencari serba baru). Dan memandangkan PKP dan norma baharu kehidupan saya macam malas nak ke mall beratoq2 tu maka kekal lah saya dengan baju-baju lama. Nanti-nantilah lepas settle mppb.

Ok cerita bab makan ya. Saya tak lah strict sangat untuk menu makan dan tak amalkan pun suku, suku separuh. Saya cuma strict bab cut sugar dan IF minimum 19 jam. Biasanya menu lunch saya memang nasi dan lauk yang bersantan seperti gulai ikan, gulai udang dengan pucuk kadok, masak kurma, asam pedas dan yang bersantan memang kegemaran lah.

Untuk minum petang pulak memang kuih-muih tradisional la. Kuih lepat liat, koci, kuih cara, ketayap dan segala jenis bubur. Tak caya boleh baca posting ni https://diaritasnim.blogspot.com/2020/05/pkp-menggilap-bakat-memasak.html..gagaga.

Sekarang pun continue lagi cuma workout dapat dlm sejam ja setiap petang, If pun boleh dalam 14-16 jam ja (banyak dugaan dan cobaannn wooo sejak dah masuk keja macam biasa). Cuma bertahan dengan berjaya totally tinggal air manis. Baru ni ja rasa mocha dan teh tarik (selepas hampir 6 bulan). Dan masa PKPB ritu ada gak reward diri dengan set mc chicken mcd.

Cari ja dalam youtube workout without equipment. Pastu follow ja. Kadang-kadang ambil botol air buat macam dumbell. Kadang-kadang buat tabata.

Untuk air pula sekurang-kurangnya saya akan akan ambil 2.5 liter air masak. Ni contoh bekal air yang saya bawa ke pejabat (sebab coway opis tak servis so usung air dari rumah).


Petang wajib sejam atas stepper. Hurm, saya nak let go stepper ni. masa beli hari tu RM112 (ada band dan meter tu pun berfungsi). Sekarang dah out semua, nak let go RM50 ja.

Jogging, training weight ka wajib pakai kasut yang sesuai ya. Walaupun buat dalam rumah, demi keselamatan ya.

Nampak tu botol air ja buat pemberat. 

Ini kasut yang saya gunakan nike air zoom pegasus 35 flyease. 

Jeng jeng..saat seluar mula meloroih.

Selain itu untuk workout, kena kenalpasti workout level iaitu medium or high intensity iaitu apa jenis workout yang setakat untuk maintain weight dan workout yang cepat burn kalori. Contoh kalau saya terlajak makan kuih raya maka petang tu saya akan pilih workout high intensity seperti stepboard atau tabata. Ingat ya tak semua orang boleh buat tabata. Tabata boleh dibuat sekiranya anda mampu jogging setengah jam tanpa semput.

InsyaAllah saya akan sambung siri 3 iaitu siri terakhir dan saya akan berkongsi berkenaan cara mengekalkan gaya hidup baru supaya berat kekal 55-56 kg dan apa yang saya perlu buat untuk dapatkan body impian macam Nana Al Haleq @ Ziva David..hohohoho impian kemain.
 

No comments:

Post a Comment