Since eksperimen Ramadhan kurang berjaya dan PM pun dah umum full lock down start 01 Jun. Maka saya pun berfikir apa ya nak buat atau nak bereksperimen masa PKP 3.0 ni. Tengah dok conteng-conteng masuk wasap dari fira. Rupanya adik manis stuck kat Penang. Ajak workout sekali, hurmmmmmm. Abis borak ngan Fira, Siti pulak wasap ajak join run. Ahaks...why not ya..walaupun tak suka sangat run sebab selalunya pace 10 @ 11 ja..hohohoho
Ok lah agree. Sign up RM50 sekali finisher tee. Nak try something. Just nak lari ja, tak mau buat exercise lain. nak tengok ada beza tak.
Ni la yang saya join. Atas hasutan Siti..hehehe
My account..tempek gambaq kat peak Gunung Angsi.
Hari-hari kuberlari, tak skip walaupun sehari. Ada sampai 3 kali sehari lari. pagi, petang, malam. Sampai ibu kata tak ketahuan. Kadang-kadang lari dalam rumah (keliling la ruang tamu tu sampai nak muntah), kalau boring lari dalam kampung atau atas ban. Kalau turn kena keja lari dalam kolej.
Tapi tak sangka la jugak dengan pace maintain 10..hehehehe..dapat jugak 200km untuk 22 hari. Bangga la jugak dengan diri..hahahaha takaburrrrr
Last screenshot..harap kekal la di tangga 44.
So, nilah daily results.
Okay, ajom cerita kesimpulannya memandangkan cabaran larian pun dah habis. Ok, berat ada la turun. Dapat balik 56kg tapi sebab saya berhenti terus training weight maka body cutting memang out. Masa lari memang terasa peha bergesel (main problem for pear shape).
So, kesimpulannya saya tak boleh bergantung kepada aktiviti larian @ kardio sahaja. Kena seimbang dengan training weight untuk dapat body yang saya suka. Maka dengan itu petang tadi saya mula hayun balik dumbell..Dan akan kembali seperti biasa iaitu setengah jam cardio dan sejam latihan beban.
Di samping itu jagalah makan..nahaiiii bila la nak bole cerai talak 16 dengan gula putih. Ok..time to sleep. Nervous untuk esok..temujanji bersama astra zaneca..Niteeee
No comments:
Post a Comment