OK vaksin AstraZaneca ni tidak termasuk di dalam Program Imunisasi Covid 19 Kebangsaan(PICK) maka ia dibuka untuk siapa yang sukarela sahaja. Kali pertama dibuka hanya untuk penduduk Lembah Klang. Dan ini kali kedua dan rasanya terakhir lah sebab dengar macam vaksin ni akan masuk balik dalam Program Imunisasi Kebangsaan.
Maka dengan skill lama saya sebagai free seat hunter untuk tiket air asia. Saya pun mempersiapkan diri nak lock the date...hehehehe..standby hp, on laptop..makesure coverage cantik. Pendaftaran akan dibuka jam 12 tengah hari 26 Mei 2021 (kebetulan pulak cuti umum hari wesak). Pukul 11.59 saya dah log in..Dan seperti biasa lah..baik gomen atau private..sama lah macam free seat air asia. Jenuh refresh.
Dah dapat tak boleh nak klik kat negeri pulak. Tekan banyak kali. Dari guna handphone, p kat laptop, patah balik buka laptop. Dah tekan negeri tarikh pulak full. lastly sampai tak ingat register tarikh mana. Tak pa lah asalkan dapat notification tahniah anda telah berjaya mendaftar. Sila tunggu pengesahan dalam tempoh 48 jam.
Esok harinya tengok ada 3 orang kawan FB yang asalnya tak berjaya dapatkan slot tapi dah masuk notification tarikh temujanji. Eh, dah kenapa..tak pa lah tunggu..belum 24 jam kan. Habis sehari, masuk hari kedua still tak dak update. Sampai lah hari keempat dan akhirnya lantak lah..Dapat2, tak dapat sudah.
Tetiba masuk sms notification ni. Ehhhh berdebar rasa macam crush wasap gitewwww.
Keluar dah pop up notification..yahooooo
Tengok date 23 Jun..ok la sebab turn WFH tarikh tu (masa ni tgh PKPB, p office selang sehari).
Jawablah apa yang patut ye.
Sampai lah tarikh yang ditunggu akhirnya.
Tapi ni nak cerita persiapan sebelum cucuk. Biasa la pompuan gais..benda pertama yang di pikiaq adalah baju. Nak pakai baju apa. Godek-godek fb, shopee, blog..hehehehe..ada ja baju yang senang senteng (jubah ada ja pun) tapi macam biasa la pompuan..majlis ka hari tertentu ka event ka mula la gedik nak cari baju baru. Akhirnya decide beli cardigan, nnt pakai dengan short sleeve senang nak selak..gituuuuu
Maka beli la di shopee..kisahnya pompuannnnnn. Lepas tu baru pikiaq spice arena ni kat mana ha? PISA dulu ka? Nak p ikut jalan mana, parking senang dak..baru lah roger abang chaq, buka tengok google maps. Ok settle, memang tapak PISA dulu. So, appointment pukul 5 ptg. Pukul 4.40 saya sampai kat Spice. Parking dan berjalan lah ke pintu masuk. Dah ada petugas yang sambut. Scan check in my sejahtera jam 1647, scan suhu 36.1. Terus masuk.
Pit stop yang pertama keluarkan IC, petugas check nama. Dah confirm betul jalan terus dapat borang akuan ni. Baca, isi dan tandatangan (sila bawa pen sendiri ya). 2 salinan kena isi ya. Siap terus ke pit stop kedua, petugas akan bagi penerangan tentang vaksin yang akan disuntik. Then dia tanya ada alahan apa tak pada ubat dan makanan. Settle terus ke pit stop ketiga (tempat cucuk). Jam 1701 selesai cucuk.
Terus ke observation area. relax untuk 15 minit. Kat sini aja yang kena duduk. Pit stop yang lain semua clear, laju ja..tak dan nak melangut tunggu. Cukup 15 minit petugas panggil tanya ok tak. Then remind untuk selalu follow up di my sejahtera untuk appointment second dose.
1719 dah siap snap pic. Ada sukarelawan yang tolong tangkap gambar. Dah boleh balik.
Malam harinya tak dak apa yang berlaku..baik-baik aja terus submit no symptoms.
Esok harinya bangun pagi nak angkat tangan ikat rambut pun tak lepas. Paksa gak solat subuh. Lepas tu terus masuk bawah selimut balik lenaaaa. Pukul 9 bagun lapaq, makan roti gardenia dengan air milo. Badan dah rasa dedaq demam. Tapi dok self denial lagi sbb ibu ritu first dose relax ja tak dak apa. Pukul 10 pg mandi tapi on water heather..sejuk yakmat.
Lepas mandi masuk dapoq prepare lunch. Nasik siap, tengah dok bakaq ikan cakap kat ibu..tak bole la rasa sakit sangat badan. Masuk baring dalam bilik. Sampai pukul 3 ptg ibu kejut zohor. Bangun jugak, sakit badan, panas badan, kering tekak. Lepas solat makan sikit nasik makan panadol 2 bijik. Sambung tidoq. Asar bangun baru la berpeluh.
Baru la rasa lapaq gedik-gedik. Makan nasik sekali lagi. Lepas tu asik ulang makan..hohohoho..pukul 11.30 malam masuk dapoq goreng pasta..hahahaha sebab dah puas tidoq siang. Pukul 2 pagi baru mata lelap.
Bangun pagi ni alhamdulillah, dah boleh angkat tangan ikat rambut macam biasa. Subuh, mandi then keluaq cari nasik lemak..eh eh..tak lalu makan sehari ja tapi dia punya qadha tak makan tu ya ampun. And sampai sekarang ok dah. Petang tadi pun dah kembali workout..just buat cardio 40 minit.
So, cerita dia tak yah dok self denial sangat, tak yah dok ego sangat..rasa ja x sedap badan telan ja panadol. Sepatutnya saya ambik dah panadol lepas breakfast semalam..tapi tu lah..hahahaha..adan uke.
Okay..itu aja..semoga cepat lah program vaksinasi kebangsaan, semoga capai target kita, semoga Malaysia dan dunia kembali pulih. Ya Allah..engkau yang Maha Berkuasa..angkat lah wabak ini dari muka bumi ini dan kembalikan lah kehidupan kami seperti dahulu. Ameeeen Ya Allah...
No comments:
Post a Comment